Kacang botak merupakan kudapan atau snek yang paling mudah dan ringkas untuk disediakan. Jadi, jom belajar buat kudapan ini dengan resepi kacang botak goreng yang crispy, dikongsikan saudara Are Peace ini.
Apabila buat sendiri, akan lebih rasa puas hati kerana kuantitinya yang banyak berbanding paket kacang botak yang dijual di kedai. Selain itu, ada juga perkongsian cara untuk mengelakkan kacang dari melekat ketika menggoreng.
Baca juga: Rendang Maman Daging Berapi & Tips Elak Kuah Pahit, ‘Speciality’ Orang Negeri Sembilan!
RESEPI KACANG BOTAK
Buat kudap-kudapan kacang botak sambail tengok cerita pukul 6, hehe.
Bahan-bahan:
- 400g kacang tanah
- 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar gula
- 3 sudu kecil garam
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil ajinamoto
- 1 kiub ikan bilis (kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
- 5 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung beras
Baca juga: Resipi Semperit Susu 3 Bahan, Senang Saja Nak Buat Hanya Bakar Atas Dapur Gas!
Baca juga: Rahsia RENDANG AYAM HANCUR Jadi Lebih Sedap, Masukkan Bahan Ini Baru Ada Umphhh!
Cara-caranya:
- Bersihkan kacang tanah dan jangan basuh terlalu lama.
- Lepas basuh terus keringkan, jemur bawah matahari sampai kering (saya keringkan dalam oven je sekejap).
- Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
- Masukkan tepung gandung dan tepung beras, gaul sampai sebati.
- Panaskan minyak dan goreng hasil sebatian tadi dengan api sederhana.
- Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.
- Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak masak akan terbentuk. Lepas masukkan kacang itu, terus kacau jangan berhenti untuk elakkan kacang melekat.
- Goreng sehingga masak.
Siappp! Senang saja.
Baca juga: Edisi Khas Raya Resipi Kuih Tiram & Tips Buat Bunganya Kembang Elok!
Sumber: Are Peace
FT Image: Are Peace