Dapur

Rahsia RENDANG AYAM HANCUR Jadi Lebih Sedap, Masukkan Bahan Ini Baru Ada Umphhh!

74
SHARES
resepi rendang ayam hancur

Pernah makan tak rendang ayam hancur? Seperti namanya, ketika juadah ini dimasak isi ayamnya akan berpisah dari tulang, namun teksturnya bukanlah hancur-sehancurnya. Kalau anda nak cuba, resepi rendang ayam hancur dari Fateema Azzahra ini boleh jadikan sebagai panduan!

Tambahan pula, dalam pelbagai jenis rendang di Malaysia, rendang ayam hancur turut mempunyai penggemarnya juga. Hal ini kerana, ada orang yang tidak suka menikmati rendang ayam jenis yang berketul dan keras.

Baca juga: Edisi Khas Raya Resipi Kuih Tiram & Tips Buat Bunganya Kembang Elok!

RESEPI RENDANG AYAM HANCUR (seekor)

resepi rendang ayam hancur

Gambar: Fatyn Zamry

Tengok ada orang cakap rendang ayam hancur itu tak jadi. Bagi saya, saya suka hancur macam ini, sedap sangat makan dengan ketupat dan lemang. Saya tak berapa suka rendang ayam jenis berketul dan keras. Tak best…

Bagi saya lah, lain orang lain citarasa. Di bawah resepi rendang ayam untuk seekor ayam.

Baca juga: Cara Mudah Buat KERISIK KELAPA Tahan Lama, ‘Stand-by’ Untuk Masak Raya!

Bahan kisar:

  • Bawang besar 3-4 labu
  • Bawang putih 5 ulas
  • Cili hidup merah + hijau 5 tangkai (ini rahsia saya)
  • Lengkuas, halia dan kunyit hidup 1 inci
  • Serai 2 batang diracik
  • Buah keras 2 biji

Bahan lain:

  • Rempah 3 beradik (kayu manis, pelaga, lawang)
  • Cili kisar 2 senduk
  • Serbuk kari ayam (saya org kedah, rempah o berpisah tiada) *sebarang jenama pun boleh ikut selera masing-masing
  • Kerisik segar 3 paket kecil atau 300gram
  • Santan segar 1 cawan
  • Gula kabong /nisan (rahsia saya)
  • Garam, serbuk hilal (perasa)
  • Daun kayangan (daun kunyit) diracik haluss
  • Daun pandan

Baca juga: 30 Biskut Raya Wajib Ada Masa Raya, Boleh Rambang Mata Semuanya ‘Favourite’!

Cara-cara:

  1. Tumis rempah 3 beradik, daun pandan dan masuk bahan kisar, tumis sampai bau wangi. Wajib garing dan naik bau wangi.
  2. Lepas itu, baru masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur air.
  3. Tumis dalam api sederhana sehingga pecah minyak. Biar bagi pecah minyak bebetul dengan perlahankan api.
  4. Kemudian, masukkan kerisik, ayam seekor dan santan. Masak sampai dia memekat dan api kena perlahan (masak rendang kena sabar).
  5. Masuk garam, gula kabong, serbuk perasa. Ayam itu dekat isi akan auto hancur, bahagian bertulang dia kekal cantik je.
  6. Bila dah dapat tekstur pekat itu, boleh tutup api dan tabur daun kunyit. Nak letak daun limau pun boleh tapi saya tak letak.

Serius sedap ditekak bagi yang suka versi hancur. Lengkap ada rasa manis, pedas, masin dan lemak dari gula kabung. Hancur disini bukan hancur lebur ya, hancur-hancur manja begitu. Selamat mencuba!

*p/s: kalau tak suka hancur boleh goreng separa masak dulu ayam itu.

Baca juga: Resepi KUIH LIMAS Asli Perak Yang Seakan Tepung Pelita, Beza Terletak Pada Tepungnya!

Sumber: Fateema Azzahra

FT Image: Fatyn Zamry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×