Dapur

Rendang Maman Daging Berapi & Tips Elak Kuah Pahit, ‘Speciality’ Orang Negeri Sembilan!

23
SHARES
resepi rendang maman

Rendang maman merupakan salah satu menu istimewa yang terkenal oleh orang Negeri Sembilan. Namun, ketika memasukkan daun maman ke dalam kuah yang sedang mereneh, ada pantang larang yang perlu dipatuhi seperti resepi rendang maman dikongsikan Hazliza Hamzah ini.

Selain itu, kebiasaannya hidangan ini menggunakan ayam kampung atau daging tetapi boleh juga dengan daging itik atau burung puyuh. Nak tahu lebih lanjut cara memasak rendang maman bersama pantang larang yang lain, jom baca di bawah!

Baca juga: Resipi Semperit Susu 3 Bahan, Senang Saja Nak Buat Hanya Bakar Atas Dapur Gas!

RESEPI RENDANG MAMAN DAGING

resepi rendang maman

Gambar: Hazliza Hamzah

Biasa setiap kali menjelang raya masak dengan arwah mak. Kali ini masak sendiri bersama suami dengan alatan memasak yang serba comel saiz dia hehe.

Nasib muat jugak 4kg maman dengan 2kg daging. Siapa sini suka rendang maman daging kita geng!

Baca juga: Rahsia RENDANG AYAM HANCUR Jadi Lebih Sedap, Masukkan Bahan Ini Baru Ada Umphhh!

Bahan-bahan:

  • 2kg daging
  • 4kg sayur maman
  • 4kg santan
  • 7/8 keping asam keping
  • 2 buku kunyit hidup/serbuk kunyit pun boleh
  • Cili api kg 300g (ikut kepedasan, nak kurang pedas boleh kurangkan cili)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

resepi rendang maman

Gambar: Hazliza Hamzah

  1. Siang daun maman, basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah.
  2. Bersihkan daging, potong macam biasa dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam daging tadi. Kacau bagi bahan serap sekata.
  4. Masukkan santan. Kemudian, kacau bahan daging dan air cili itu supaya rata. Renehkan.
  5. Setelah kuah pekat masukkan asam keping.
  6. Bila santan pekat dan mendidih, baru masukkan daun maman sedikit demi sedikit. Kecilkan api supaya bawah tidak hangus.
  7. Lakukan perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang!

Baca juga: Cara Mudah Buat KERISIK KELAPA Tahan Lama, ‘Stand-by’ Untuk Masak Raya!

Pantang larangnya:

  • Ingat, jangan kacau daun maman selagi belum layu, hal ini kerana nak elak maman pahit
  • Semasa basuh daun maman juga elak dari terperah daun untuk elak pahit (cara basuh rendam dalam air besen dan pastikan pasirnya hilang. Saya ulang 3x basuhan, toskan supaya masa masuk maman dalam kuali maman tidak basah)
  • Pastikan api kecil sebab sepanjang nak tunggu layu, tak boleh kacau, jadi api kecil boleh elak dasar rendang hangit

Sifir maman

  • Jika daging 2kg, maman 4kg santan juga 4kg
  • Jika daging 4kg, maman 6kg santan juga 6kg

**Santan yang cukup baru menghasilkan minyak kehitaman.

Baca juga: 30 Biskut Raya Wajib Ada Masa Raya, Boleh Rambang Mata Semuanya ‘Favourite’!

Sumber: Hazliza Hamzah

FT Image: Hazliza Hamzah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×