Dapur

Resepi Nasi Daging Utara Gebu Berderai & Dagingnya Lembut, 17 Ribu Perkongsian!

54
SHARES
resepi Nasi Daging Utara mudah

Malaysia bukan sahaja kaya dengan pelbagai budaya, malah juadah makanan dari setiap negeri juga tidak terhitung kiraannya. Kali ini, penulis nak berkongsi resepi Nasi Daging Utara yang pernah tular sebelum ini.

Nasinya memang rasa sempurna dengan pelbagai campuran rempah-ratus dan bahan segar, telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Justeru itu, mari ikuti resepi Nasi Daging Utara dari Puan Norzy Yusuff yang dimasak gebu dan wangi bersama beberapa tips masak nasi.

Baca juga: Bukan Saja Cantik Dipandang, Ini 7 Jenis Bunga Boleh Dimakan (Edible Flowers)!

RESEPI NASI DAGING UTARA MUDAH

resepi Nasi Daging Utara mudah

Gambar: Norzy Yusuff

Kali pertama mencuba terus jatuh cinta! Sedap sangat Nasi Daging Utara ini. Daging lembut, nasi pun cantik helok lembut saya akan repeat lagi!

1. Resepi Nasi Daging Utara Simple

Bahan tumisan

  • 2 sudu minyak sapi + minyak masak 2 sudu
  • Bawang besar 2 biji*
  • Bawang putih 6 ulas*
  • Halia 3 inci*

**Mayang halus bahan*

  • 4 sekawan
  • Kulit kayu manis/Bunga lawang/Bunga cengkih/Buah pelaga
  • Rempah kurma 2 sudu
  • 2 helai daun pandan
  • Tomato 2 biji
  • Susu cair 3/4 tin
  • 3/4 sudu penuh garam
  • Sedikit cukup rasa
  • Air rebusan daging
  • Daun ketumbar

Cara-caranya:

  1. Tumiskan 4 sekawan, bahan bertanda * yang dimayang, garingkan masukkan daun pandan dan rempah kurma.
  2. Masuk air rebusan air 4 1/2 cawan pot yang sama dan susu cair. Didihkan sekejap masukkan garam, cukup rasa dan tomato.
  3. Toskan beras Basmathi ke periuk nasi dan masukkan tumisan dan daging yang sudah direbus empuk.
  4. Akhir sekali, bila nasi dah masak baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan helok gebu dan wangi 

Tips:

  1. Nasi jangan dikacau masa sedang masak untuk elakkan beras patah.
  2. Resipi nasi saya ini lembut sedikit, kalau nak nasi berderai kurangkan 1/2 cawan air rebusan daging.

Baca juga: Aiskrim Malaysia Kacang Merah, Antara Perisa Awal Yang Wujud & Dirindui, Ini Resepinya!

2. Resepi air asam kerisik bawang

resepi Nasi Daging Utara mudah

Gambar: Norzy Yusuff

  • Bawang besar 2biji
  • Tomato 2 biji
  • Cili api 10biji
  • Air asam Jawa 1 mangkuk
  • Kerisik 3 sudu
  • Belacan bakar
  • Garam
  • Gula
  • Cukup rasa

Baca juga: Resipi Lempeng Oat Lembut & Lazat, Lumayan Masuk ‘List’ Menu Ibu Berpantang!

3. Resepi Rendang Telur

resepi Nasi Daging Utara mudah

Gambar: Norzy Yusuff

Bahan A:

  • 10 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 batang serai

** Blender lumat

Bahan B

  • 1/2 genggam cili api
  • 1 ketul kunyit hidup

**Blender lumat

  • 5 biji telur – direbus
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 senduk cili blender
  • 3 sudu kerisik
  • Santan kotak
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 keping asam keping
  • Garam
  • Gula
  • Cukup Rasa

Cara penyediaannya:

  1. Tumis bahan A dan 1 batang serai yang diketuk sehingga garing.
  2. Masukkan cili blender, garingkan sekejap.
  3. Kemudian, baru masukkan bahan B dan garingkan betul-betul baru masuk garam, santan dan tambah air.
  4. Akhir sekali perasakan dengan gula, cukup rasa, daun kunyit, asam keping dan masukkan telur, kacau sekejap.

Siap rendang!  

Baca juga: Tak Ada Tepung Atta, Boleh Guna Tepung Gandum Buat CAPATI, Lebih Sedap & Lembut!

Sumber: Norzy Yusuff via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Norzy Yusuff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×