Dapur

Rahsia TANAK Pulut Cantik Tak Melekat, Ini Resepi Pulut Durian Kuah Santan!

23
SHARES
pulut durian

Selain pulut dan durian yang merupakan antara bahan utama pencuci mulut serawa durian, pulut durian juga enak dipadankan bersama kuah santan. Di mana, ia dinamakan sebagai pulut durian kuah santan.

Perkara utama dan paling penting dalam hidangan ini adalah teknik menanak pulut yang mana kebanyakan hasilnya melekat di periuk dan butiran pulut jadi tidak cantik. Menariknya di perkongsian ini, sama ada pulut ini ditanak di dalam periuk batu atau periuk cap boya, kedua-dua hasilnya tetap menjadi!

Jadi, bagi memastikan pulut anda terhasil cantik dan tidak melekat, di bawah ada tip berguna dari Puan Naimah Kasim yang boleh anda ikuti.

Baca juga: Siapa Sangka Minyak Lemak Ayam Bantu Kurang Rasa Perit Melecur! Ini Petua Orang Dulu

PULUT DURIAN KUAH SANTAN

pulut durian

Gambar: Naimah Kasim

Pulut tanak kuah santan, sesuai untuk dimakan dengan durian atau pelam.

Cara buat pulut:

1. Basuh beras pulut (tak perlu rendam). Letakkan air lebih macam masak nasi, tak perlu disukat airnya. Jangan kacau lansung supaya pulut tak hancur.

pulut durian

Gambar: Naimah Kasim

2. Bila mendidih kuat, perlahankan api dan buang air tinggal sikit saja. Buang air agak-agak lah ya, paras sikit atas pulut. Kalau lebih nanti lembik, kalau kurang sangat takut tak masak pula.

3. Dilarang kacau sama sekali lepas air dibuang.

pulut durian

Gambar: Naimah Kasim

4. Tutup periuk dengan penutupnya dan api diperlahankan.

5. Kemudian, boleh kacau sedikit dan tutup semula dengan penutup periuk.

pulut durian

Gambar: Naimah Kasim

6. Dalam beberapa minit saja pulut akan masak elok. Pulut cantik tak patah-patah pun. Sedap dimakan dengan durian atau pelam bersama kuah santan.

Kuah santan cara pertama

Gambar: Naimah Kasim

  1. Dulu-dulu arwah emak guna santan segar dari kelapa yang dikukur dan letak garam saja tak perlu masak.

Kuah santan cara kedua

  1. Sekarang terpengaruh dengan siam, santan masak sekejap atas api yang perlahan.
  2. Boleh masukkan tepung jagung untuk pekat serta gula dan garam secukup rasa serta daun pandan untuk wangi.
  3. Kacau selalu supaya tak pecah minyak.

Baca juga: Resepi Tepung Bungkus, Kuih Tradisional Yang Dirindui, Mudah Nak Buat Rupanya!

Tips tanak pulut guna periuk cap boya

Gambar: Alas dengan tudung periuk bawah periuk sebab api dapur ini tak boleh kawal untuk kecikkan – Naimah Kasim

Edit Jumaat 4 zulhijjah 1444H:

Apabila ada sahabat komen pakai periuk batu tu sebab tak lekat, jom cuba periuk cap boya. Kebetulan saya balik kampung, tiba-tiba kakak bagitahu ada durian dan minta kita tolong tanak lah pulut.

Semangat lah kita sebab semalaman berhajat nak cari durian. Guna lah periuk cap boya, itu saja yang ada dekat rumah kakak. Alhamdulillah, hajat nak makan pulut durian tercapai walau asalnya hanya terdetik sorang-sorang dalam hati.

Gambar: Naimah Kasim

Alhamdulillah ala kullihal. Salam Jumaat yang barokah buat semua sahabat.

Baca juga: Ramai Tak Tahu Minum Air Rendaman Kacang Bendi Boleh Turun Kolesterol, Ini Petua Mujarab!

Sumber: Naimah Kasim via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Naimah Kasim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×