Pembaca pernah dengar tak bahawa hasil minyak dari lemak ayam berupaya mengurangkan rasa keperitan akibat terkena minyak panas? Kalau nak tahu, minyak lemak ayam ini merupakan kaedah yang digunakan oleh orang dulu-dulu.
Berjaya atau tidak, ia tidak salah untuk anda mencubanya. Mari lihat perkongsian petua dan cara penyediaan minyak lemak ayam dari Puan Nik Azmawati di bawah.
Baca juga: Resepi Tepung Bungkus, Kuih Tradisional Yang Dirindui, Mudah Nak Buat Rupanya!
LEMAK AYAM

Gambar: Nik Azmawati
Assalamualaikum, saya hanya nak kongsi petua arwah nenek saya hari ini.
Ini hasil minyak yang keluar dari lemak ayam. Saya dan keluarga memang simpan minyak ini. Andai tangan atau bahagian badan kita terkena minyak panas atau terpegang benda panas, cepat-cepat celup atau sapu minyak lemak ayam ini.
Insha Allah, dengan izin-Nya rasa perit atau melecur itu hanya sekejap saja. Semoga bermanfaat kepada ibu-ibu semua ya.
Cara penyediaannya:
- Kumpulkan lemak-lemak ayam dengan banyak.
- Kemudian panaskan kuali tanpa letak minyak masak.
- Setelah kuali panas, masukkan lemak ayam tadi ke dalam kuali.
- Minyak dari lemak ayam akan keluar dengan sendirinya dan boleh tutup api.
- Selepas itu, biarkan ia sejuk sebentar.
- Anda boleh simpan minyak lemak ayam itu di dalam botol atau bekas yang bersesuaian. Tidak perlu simpan di dalam peti sejuk.
Apabila ia dah lebih setahun boleh sahaja buat minyak baru dan simpan. Kalau nak tahu baunya sedikit tengit apabila disimpan lama. Insha Allah masih mujarab. Selamat mencuba!
Baca juga: Ramai Tak Tahu Minum Air Rendaman Kacang Bendi Boleh Turun Kolesterol, Ini Petua Mujarab!

Gambar: The Wooden Skillet
Sementara itu, di ruangan komen post ini, ramai warga netizen berkongsi cerita bahawa orang-orang tua dalam keluarga mereka ada juga mengamalkannya. Ternyata dari pengalaman mereka, minyak lemak ayam ini berupaya merawat keperitan minyak panas.
Malah, selain dijadikan minyak untuk merawat lecur, ia juga boleh digunakan ketika memasak nasi goreng. Khabarnya, nasi goreng akan menjadi sangat enak! Mungkin pembaca juga boleh mencubanya.
Biarpun begitu, penulis ingin menasihatkan para pembaca untuk tidak lupa mendapatkan rawatan doktor terlebih dahulu sekiranya anda cedera. Minyak lemak ayam ini anda boleh guna sebagai kaedah lain untuk membantu kecederaan pulih.
Baca juga: Resepi Sambal Hitam Pahang Cara Moden & Tradisional, Hasilnya Memang Umami!
Sumber: Nik Azmawati via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
FT Image: The Wooden Skillet