Dapur

Ahli Kimia Kongsi Tips Goreng Ikan, Tak Melekat Pada Kuali & Hasilnya ‘Juicy’!

49
SHARES
petua goreng ikan

Menggoreng ikan bunyinya mudah namun, sekiranya anda salah cara kemungkinan hasilnya akan melekat pada kuali dan hancur sewaktu mengangkatnya. Jadi, pernahkah anda terfikir kenapa ikan yang digoreng boleh melekat pada kuali? Sudah tentu ada sebabnya dan petua goreng ikan yang anda kena tahu.

Jom ikuti penjelasan dari Doktor Fatimah Salim, seorang ahli kimia yang berkongsikan tips menggoreng ikan yang betul bagi mengelakkan ia melekat. Malah, ikan yang digoreng juga akan menjadi rangup di luar dan lembap di dalam (juicy).

Baca juga: Rupanya Ini Kebaikan Probiotik Dalam Jeruk Fermentasi Berbanding Jeruk Segera

SAINS DI SEBALIK IKAN GORENG

petua goreng ikan

Semalam ramai yang ‘up’ lauk ikan goreng. Mesti ramai otai-otai memasak yang pakar dalam mengoreng ikan berkat pengalaman.

Semua di sini, mesti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan juga kawalan suhu memasak dan cara memasak.

Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selamai sains disebalik menggoreng ikan ini.

KENAPA IKAN MELEKAT PADA KUALI APABILA DIGORENG?

petua goreng ikan

Gambar hiasan: Google.

Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.

Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali akan menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan untuk menterbalikkan ikan dan sebahagian dari isinya akan melekat pada kuali.

PETUA GORENG IKAN ELAK MELEKAT PADA KUALI

Untuk mengelakkan perlekatan antara kuali dengan permukaan ikan, panaskan minyak secukupnya (agak-agak sehingga SEDIKIT berasap).

Kemudian masukkan ikan (perlanggaran antara molekul minyak yang tidak larut air akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat).

Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.

PETUA GORENG IKAN UNTUK DAPAT ISI YANG JUICY

petua goreng ikan

Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.

Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur ikatan kimia protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.

Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Fatimah Salim via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×