Dapur

Mak Mentua Share Resipi, Selama 35 Tahun Hidup, Pertama Kali Rasa Ikan Goreng Sesedap Ini!

78
SHARES
petua goreng ikan

Ikan goreng merupakan hidangan yang paling sedap dan mudah untuk disediakan. Ekoran itu, terdapat pelbagai petua goreng ikan yang boleh dipelajari dari orang-orang lama yang boleh membuatkan anda terkunci mulut kerana keenakannya.

Sebagaimana ikan goreng yang disajikan oleh mak mentua kepada Puan Nur Darwisya Qasdina ini, yang berjaya membuatkan dirinya terkelu lidah. Hal ini kerana, sepanjang dia hidup selama 35 tahun, ini kali pertama dia dapat menikmati ikan goreng yang sangat sedap rasanya! Apa pulak rahsianya itu?

Baca juga: Cara Simpan Lebihan Bahan Masakan, Rupanya Boleh ‘Frozenkan’ Je Barulah Tahan Lama!

SELAMA 35 TAHUN HIDUP PERTAMA KALI RASA IKAN GORENG SESEDAP INI!

petua goreng ikan

Selama 35 tahun hidup, ini la first time makan ikan goreng sedap. Ikan goreng je kann itu pun nak kecoh orang cakap. Korang cuba buat baru tahu kecoh ke tak kecoh haha. Nikmat sangat rasa dia lain dari lain. Mak mentua yang ajar.

PETUA GORENG IKAN SEDAP & MUDAH DISEDIAKAN!

BAHAN-BAHAN:

petua goreng ikan

  • Asam jawa
  • Garam
  • Serbuk kunyit

CARA PENYEDIANNYA:

petua goreng ikan

1. Lumurkan bahan tu dekat ikan.

2. Nak perap kejap boleh.

3. Nak terus goreng pun boleh.

petua goreng ikan

Ikan memang akan bertukar colour hitam. Sama jugak minyak pun akan tukar colour. Tapi rasa diaaa sedapp sangat.

Buat ratah memang tak sedar 2 atau 3 ekor sorang-sorang hadap. Cuba lah! Jangan kecam tau, even ikan goreng rasa dia memang padu kalau buat macam ni.

KAEDAH ‘ORANG LAMA’ TERNYATA MEMANG BERKESAN!

Siapa sangka kaedah ini sebenarnya telah digunakan oleh mak-mak dari dulu lagi seperti komen dari netizen.

Kita yang muda ini baru tahu tapi eloklah jika resepi ini viral dapat manfaat kepada semua terutama anak dara dan anak bujang. Manalah tahu dapat ikat perut si jantung hati dan mentua.

Sumber: Facebook Nur Darwisya Qasdina via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×