Dapur

Cara Buat ‘Menu Legend’ Ikan Lengat Goreng Utara, Nampak Macam Hangit Tapi Rasa Padu!

25
SHARES
ikan lengat

Buat anda yang berasal dari negeri di Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis, pasti tidak sah kalau tak pernah merasa salah satu menu ‘legend‘ iaitu ikan lengat bukan? Ikan lengat atau seperti ikan rebus asam ini juga turut digoreng dan menjadi kegemaran buat sesiapa sahaja yang pertama kali merasanya.

Namun, menu ini agak janggal bila dilihat oleh orang yang berada di bandar kerana seolah-olah ikan goreng hangit. Jangan dilihat pada rupa kerana rasanya memang akan buat anda jatuh hati! Jom kita cuba dahulu resepinya.

Baca jaga: Cara Buat Chicken Chop Crispy, Nikmat Makan Panas-Panas Sebab Kulit Ayam Tengah Rangup!

RESEPI IKAN LENGAT UTARA, MEMANG LICIN!

ikan lengat

Ini nama dia ikan lengat goreng. Ada yang pernah makan ka? Memang syurrr!

Bahan-bahan:

-Ikan kembung atau apa-apa jenis ikan digemari
-Asam jawa
-Garam 2 sudu makan

Cara-caranya:

1. Siang ikan macam biasa. Kelar.

2. Ramas asam jawa dengan setengah cawan air. Masukkan garam. Garam kena letak banyak ya. Yang dekat dalam gambar ni pun letak 2 sudu makan.

3. Masukkan ikan. Salut bagi kena semua dan perap 30 minit.

4. Masak atas api sederhana. Bila dah mendidih sikit tu terus tutup api.

5. Biar dia suam.

6. Panaskan minyak. Goreng macam biasa sampai garing macam dalam gambar. Ini bukan hangit ya, rupa dia memang macam ini. Ikan goreng ini boleh makan sampai tulang, sebab tulang dia jadi rangup dan lembut. Nikmat tak terkata… Lauk legend ni!

ikan lengat

*Ramai takut ngan garam..jangan risau, asam jawa itu cut rasa masin.Saya letak 2 sudu makan untuk 12 ekor ikan. Asam jawa segenggam. Kalau buat 5-6 ekor, boleh kurangkan. Letak garam 1 sudu makan. Jangan risau, tak masin pun. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Pilih Buah Oren Manis & Sedap, Baru Tahu Rupanya Kena Tengok 3 Benda Ini

Sumber: Aishah Yap

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×