Dapur

Resepi Laksa Siam Ekspres, Bahan Tak Susah & Paling Penting Kuah Pekat Berlemak!

56
SHARES
resepi laksa siam

Buat peminat menu laksa, sudah pasti anda telah mencuba pelbagai variasi laksa yang ada dalam setiap negeri di Malaysia ini bukan? Tapi, tidak ketinggalan untuk peminat laksa mencuba menu laksa dari Thailand iaitu resepi laksa Siam yang lebih berlemak dari laksa yang ada di dalam negara.

Jangan risau, tak susah sebenarnya nak masak laksa Siam ini kerana ada cara yang ekspres sahaja untuk anda yang teringin betul nak makan laksa ini. Jom cuba ikut resepi di bawah dan bahan-bahan pun mudah didapati!

Baca juga: Peniaga Kongsi Petua Pilih Ikan Pari Yang Segar, Tak Ada Langsung Bau Hancing!

RESEPI LAKSA SIAM EKSPRES!

resepi laksa siam

Dah lama tak buat konten masakan. Bagi memulakan semula konten ini, kita buat sesuatu yang mudah, tapi sedap. Kita buat laksa import.

Bahan-bahan: (3-4 orang makan)

-½ pek laksa
-1 kotak santan (200ml)
-1 kapsul Pes Kari Hijau
-1 tin sardin
-1 kuntum bunga kantan
-1 batang timun
-1 genggam tauge
-1 pokok daun selasih
-2-3 tangkai cili padi
-2 utas kacang panjang
-1 biji limau nipis
-1 sudu kecil garam

1.Ada 4 sahaja bahan penting: pes kari hijau, ikan, santan dan laksa. Yang lain tu ikut selera kalian.

2.Dekat rumah saya ada sardin dalam minyak ni, tapi kecil sangat, jadi saya tambah tuna dalam minyak. Ini cara cepat nak buat kuah laksa ni. Kalau nak sedap guna isi ikan.

3.Saya guna pes kari hijau jenama ni. Resepi laksa siam sebenar, lain dari kari hijau. Jadi resepi ni kira resepi derhaka, untuk orang tak ada masa. Jangan pula ada yang kata kari hijau lain, laksa lain.

4.Dalam satu kotak pes kari hijau tu, ada 3 kapsul ni. Kita perlu gunakan satu kapsul sahaja. Tangan gemuk tu tak usah ditegur. Tangan je gemuk, orangnya kurus.

5.Tuang isi kapsul tadi ke dalam periuk dan tumis. Tak perlu letak minyak. Dalam tu dah ada minyak. Nanti dia akan keluar. Jangan risau. Tumis sampai naik aromanya.

6.Tuang santan kotak. Lebih sedap kalau gunakan santan asli.

7.Lepas tu masukkan isi ikan. Amaran: kalau guna sardin sahaja, kuah akan kuat sangat bau sardin, sebab itu saya campur dengan tuna. Isi ikan segar juga paling sedap.

8.Saya ada letak sedikit serbuk kunyit untuk menaikkan warna. Tak nak letak pun tak apa, cuma pada saya, makanan yang pucat lesi warnanya, kurang menyelerakan.

9.Tambah 200-300ml air dan reneh sehingga semua bahan-bahan kuah ni mesra dan sebati. Kena tunggu sampai terbit minyak di atas dia. Biasanya perlu dalam 15 minit.

10.Alamak! Terlupa pula tadi saya beli laksa kering. Tak ingat bak rebus dulu. Selalu beli laksa basah. Aduhai! Tak apa sambil rebus laksa, kita siapkan sayur dan “garnish”.

11.OK laksa dah siap rebus. Tuang kuah atas dia. Lepas tu hiaslah dengan sayur-sayur yang kalian ada.

12.Macam ni! Menarik, kan? Ni saya nak pi makan dekat kebun, baru feel! Pes yang kita gunakan tadi tu, tak pedas, jadi kena makan dengan cili api. Baru ada “kick”.

resepi laksa siam

Baca juga: Sukatan Nasi Lemak Ikut Cawan Yang Betul Untuk Makan Ramai, Masak Elok & Tak Mentah!

Sumber: Dr.Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×