Sudah menjadi lumrah dalam adat Melayu tradisional menyediakan hidangan pulut kuning dalam majlis-majlis rasmi seperti majlis kesyukuran. Namun, bukan semua ‘pakar’ dalam menyediakan hidangan tradisi ini kerana memerlukan cara masak pulut kuning atau teknik yang teliti supaya pulut tidak menjadi keras.
Jadi, apa kata kita cuba teknik yang dikongsikan ini supaya impian anda untuk masak pulut kuning dengan cantik tercapai!
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Berempah ‘Bersarang’ Wajib Cuba, Memang Tak Cukup Seketul
CARA MASAK PULUT KUNING MENJADI ELOK
Bahan-bahan
-Beras pulut
-Kunyit serbuk
-Cuka
-Pewarna kunyit serbuk
-Asam keping
-Garam, gula
-Santan
Cara-caranya:
1.Basuh beras pulut 1kg sehingga bersih dan masukkan air sehingga pulut terendam
2.Masukkan kunyit serbuk 2 sudu besar
3.Masukkan cuka makan 2 sudu besar
4.Masukkan pewarna kuning telur 1 sudu teh
5.Kacau bagi rata dan rendam selama 3 @ 4 jam
6.Masukkan asam keping 3 keping dan biarkan terendam sekali jangan gaul lagi
7.Dah cukup tempoh rendam, keluarkan asam keping dan buang
8.Basuh semula dan toskan pulut tu
9.Panaskan periuk kukus dalam masukkan daun pandan rebus bersama air
10.Bila air dah didih masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan
11.Kukus selama 20 minit atau hingga pulut masak
12.Dalam masa yang sama ambil santan pekat 500g. Masukkan ke dalam periuk dan dicampurkan dengan 2 cawan air
13.Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa
14.Masak santan tersebut hingga mendidih. Keluarkan pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam besen
15.Tuang santan yang telah dimasak tadi ke dalam besen dan kacau @ gaul pulut tersebut bagi rata
16.Dah siap tak perlu kukus lagi sebab santan tu kita dah masak. Kalau santan tak dimasak, kukus lagi sekali dalam 15 minit supaya pulut tak basi. Kalau guna santan kotak perlu tambah 2-3 sudu besar minyak masak
*Mudah bila anda dah tahu buat pulut kuning sendiri bukan? Mana tahu kalau nak buat kenduri kesyukuran tak perlu tempah!
Baca juga: Cara Masak Lamb Chop Lembut Elok, Lengkap Dengan Resepi Sampingan Lain!
Sumber: Nazri Mat Zain