Dapur

Cara Masak Lamb Chop Lembut Elok, Lengkap Dengan Resepi Sampingan Lain!

2.9K
SHARES
resepi lamb chop

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Barat, antara menu yang menjadi pilihan ramai sudah semestinya lamb chop. Menu ini bukan sahaja ‘kena’ dengan tekak orang Melayu malah mengenyangkan juga apabila dihidangkan bersama kentang putar dan salad. Tapi, nak juga masak menu ini di rumah mengikut resepi lamb chop yang paling mudah dan sedap bukan?

Jadi, jom cuba perkongsian resepi dari Nazri Mat Zain di laman Facebook ini apabila dia berkongsikan juga resepi menu sampingan seperti mashed potato dan coleslaw paling senang.

Baca juga: Tips Masak Telur Dadar Gebu Gebas, Pastikan Guna Teknik Betul & Tambah Bahan INI

RESEPI LAMB CHOP MUDAH DAN PADU

resepi lamb chop

#Lamb

-Lamb 10 pcs (keping) – dibasuh hingga bersih dan toskan
-Masukkan lamb ke dalam bekas yang sesuai
-Masukkan bawang putih 4 ulas (tumbuk hingga halus)
-Masukkan sos tomato 1/2 cawan
-Masukkan sos tiram 3/4 cawan
-Masukkan sos cili 1 cawan
-Masukkan kicap pekat manis 1 cawan
-Masukkan L&P sos (Lea n Perrin sos) – renjis-renjis saja
-Masukkan lada hitam kisar 2 sudu besar
-Tak perlu letak garam, gula dan serbuk perasa

1.Gaul kesemuanya dan masukkan dalam bekas dan perap beberapa jam. Lagi lama lagi sedap…

2.Untuk mulakan memasak, boleh guna pan fry – masukkan sedikit minyak masak. Susunkan lamb di atas pan fry termasuk dengan sos perapan tadi – Api perlahan saja.

3.Alih-alihkan lamb tersebut – masak hingga betul-betul masak. Lamb ini masak tak perlu lama sebab daging dia memang lembut. Lamb chop tak perlu nak masak sampai garing bagai.

4.Dah masak angkat dan letakkan di dalam pinggan – masa letak di dalam pinggan tu masukkan sos yang kita masak sekali dengan lamb tadi. Ulang lagi masak macam tu hingga habis. Masa nak ulang masak ni tak perlu letakkan minyak dalam pan fry lagi. Siap untuk dihidangkan…

#Mashed Potatoes

-Guna US potato 4 biji – optional
-Potong dadu dan rebus
-Dah empuk angkat dan toskan
-Masukkan dalam bekas dan lenyek hingga halus
-Masukkan 2 SB butter
-Masukkan 1/2 @ 1 cawan susu full cream dan sedikit garam
-Masukkan serbuk lada hitam 1 sudu besar
-Kacau sentiasa di atas api perlahan
-Agak-agak dah masak tutup api. Boleh dihidangkan.

# Sos Black Pepper

Bahan-bahan:

-2 sudu besar butter
-2 sudu besar tepung gandum
-2~3 cawan air
-5 sudu besar kicap manis
-Sos tiram 1@2 sudu besar
-Black pepper 1 sudu besar
-1 kiub pati ayam
-Garam, penambah rasa dan gula secukup rasa

1.Panaskan butter hingga cair
2.Masukkan tepung gandum 2 sudu besar dan kacau hingga berketul-ketul
3.Masukkan 2@3 cawan air
4.Masukkan 5 sudu besar kicap pekat manis
5.Masukkan 1@2 sudu sos tiram
6.Masukkan kiub pati ayam sebiji
7.Masak hingga sos didih dan pekat
8.Rasa dulu, baru masukkan garam, aji dan gula. Sos dah siap boleh makan dengan mashed potatoes

# Coleslaw

-2 biji carrot – diparut
-1/4 @ 1/2 biji kobis – Potong halus-halus
-Campurkan kedua-dua sayur
-Ambil sayur tu dalam segenggam atau lebih, sebiji bawang Holland dan masukkan ke dalam blender
-Masukkan susu full cream dutch lady 1/2 cawan, dan blend sekejap jangan terlalu halus ya
-Tuang dalam bekas dan campur dengan baki sayur tadi
-Masukkan mayonnaise lebih kurang 1/2 cawan, sedikit garam, cuka mkn 1 SB dan gaul bagi rata.
-Masukkan dalam peti ais dan hidangkan sejuk-sejuk sedap.

resepi lamb chop

*Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Paling Mudah Masak Pulut Guna Periuk Nasi Elektrik, Elok Kejadiannya!

Sumber: Nazri Mat Zain

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×