Dapur

Resepi Croissant Ala Kedai Pastri, Hasilnya Rangup Di Luar & Lembut ‘Berongga’ Di Dalam

76
SHARES
resepi croissant

Setiap kali berkunjung ke kedai pastri, antara pilihan menu yang menjadi pilihan dan klasik adalah croissant. Pastri yang berasal dari Perancis ini sangat ‘kena’ dengan tekak orang Malaysia dan sebenarnya ramai yang tercari-cari resepi croissant untuk dibuat di rumah.

Berbeza dengan cara pembuatan yang ekspres, ada satu perkongsian resepi croissant secara klasik dari Puan Siti Hazneza Abdul Hamid. Menggunakan teknik klasik ini akan menjadikan ‘puff’ pastri croissant anda ada rongga angin dan berlapis-lapis seperti dimakan di kedai pastri mahal. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Sambal Gesek Goreng Tanpa Belacan Tapi Rasa Semua Ngam!

RESEPI CROISSANT KAEDAH KLASIK, PERSIS KEDAI PASTRI

Bahan-bahan untuk doh:

-1 cawan air suam-suam kuku
-½ cawan susu segar
-5 sudu makan gula
-2 ¼ sudu teh yis Mauripan
-3 ½ cawan tepung gandum serbaguna
-1 ¼ sudu teh garam
-2 sudu makan mentega pada suhu bilik

Kaedah:

1.Masukkan air, susu, gula, yis dan tepung gandum ke dalam mangkuk yang sesuai. Kacau sedikit barulah ditambah garam. Elakkan letak garam dengan yis serentak kenara garam boleh menyahaktif/ membunuh yis.

resepi croissant

2.Apabila sudah nampak hendak menjadi doh, uli masuk mentega dan uli sehingga doh ‘terlepas’ dari bekas. Jika perlu, tabur sedikit tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Jangan bimbang, doh memang lembut/lembik sedikit.

resepi croissant

3.Alas dulang dengan kertas parchment dan tabur sedikit tepung. Letakkan doh atas kertas parchment dan bentukkan menjadi empat segi tepat. Tutup doh dengan tuala dan plastik. Biarkan doh pada suhu bilik sehingga naik sekali ganda (~1 ½ jam). Masukkan doh yang sudah naik ke dalam peti sejuk minimum 1 jam dan maksimum 8 jam.

resepi croissant

4.Sediakan lapisan mentega. Masukkan 1 ¼ cawan mentega pada suhu bilik ke dalam plastik.

5.Bentukkan menjadi segi empat dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga anda bersedia untuk menyambung kerja dengan doh tadi

6.Keluarkan doh yang sudah disejukkan 1-8 jam dari peti sejuk. Dari peringkat ini, setiap langkah dijalankan semasa doh sejuk dari peti sejuk. Alihkan doh ke permukaan yang ditabur dengan tepung.

resepi croissant

7.Canai doh untuk mendapat bentuk segi empat yang besar. Keluarkan mentega yang sejuk dari plastik dan letakkan atas doh dalam keadaan bersilang. Balut mentega seperti sampul surat.

resepi croissant

8.Terbalikkan ‘sampul surat’ (parcel) dan canai supaya menjadi segi empat tepat. Tabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Jika mentega tidak mahu bergerak pada awalnya, tekan sedikit menggunakan kayu canai sebelum mencanai. Lipat ⅓ doh dari kanan ke tengah.

resepi croissant

9. Lipat ⅓ doh dari kiri ke tengah. Lipatan ini dipanggil lipat tiga/ three folds dan ini adalah yang pertama. Letak doh dalam dulang berlapik kertas parchment yang ditabur dengan sedikit tepung. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1-8 jam

10.Keluarkan doh dengan lipat tiga pertama dari peti sejuk. Tabur sedikit tepung dan canai sehingga menjadi segi empat tepat yang nipis. Lipat tiga dan simpan dalam peti sejuk 1-8 jam. Ulang dua kali lagi proses lipat tiga.

11.Doh yang sudah 4 kali dilipat tiga. Bahagi dua supaya mudah untuk dicanai. Lapisan lamina mentega-doh jelas kelihatan. Bau pun wangi pada masa ini. Simpan separuh doh dalam peti sejuk dan canai separuh lagi sehingga nipis dalam bentuk segi empat tepat. Potong menjadi segi tiga.

12. Ambil satu segi tiga dan buat satu potongan kecil di tengah bahagian tapak segi tiga. Gulung dari tapak segi tiga ke puncaknya (menjauhi anda).

13.Pastikan bahagian puncak segi tiga dihalakan ke bawah dan kepit hujung-hujung doh supaya menjadi bentuk kroisan. Ulangi dengan semua segi tiga yang lain.

14.Rehatkan kroisan yang sudah dibentuk pada suhu bilik selama 2 jam. Tutup dengan tuala dan plastik.

resepi croissant

15.Sapu dengan pelicau telur (egg wash) [1 biji telur + 1 sudu makan air]. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190°C/ 375°F selama 15 minit

16.Penantian yang tidak sia-sia. Rapuh di luar, lembut gebu di dalam. Makan sahaja pun sedap, sapu jem buah lagi sedap. Wangi satu rumah.

resepi croissant

Baca juga: Peniaga 20 Tahun ‘Share’ Cara Bancuh Tepung Goreng Pisang Paling Rangup & Tahan Lama

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×