Dapur

Cara Pilih Udang Fresh Di Pasaran, Pastikan Ada 4 Ciri Ini Barulah Bila Masak Isi Manis!

1.4K
SHARES
masak udang

Buat anda yang merupakan peminat makanan laut atau seafood, udang sudah semestinya menjadi pilihan utama. Cuma, bila nak masak udang yang sedap, anda kena pandai dah tahu cara pilih udang yang segar di pasaran. Macam mana nak tahu udang di pasaran itu segar atau tidak?

Berikut merupakan antara beberapa tips untuk anda buat pengesahan bahawa udang yang dibeli itu betul-betul segar. Bila yang dipilih pun segar, barulah manis isinya bila dimasak!

Baca juga: Peniaga 20 Tahun ‘Share’ Cara Bancuh Tepung Goreng Pisang Paling Rangup & Tahan Lama

NAK MASAK UDANG TAPI KENA TAHU PILIH UDANG YANG FRESH!

Siapa peminat masakan udang wajib save post ni supaya anda dapat beli udang segar dan sedap! Kesegaran udang mempengaruhi rasanya tau. Udang yang segar akan rasa lebih manis dan pejal isinya dan tak mudah hancur masa masak.

Udang tak segar:

masak udang

-Udang tak pejal dan kecut
-Kulit tak melekat (intact) dan nak tercabut

Udang segar:

masak udang

-Mata terjojol
-Pejal
-Kulit melekat
-Kulit tak kering
-Kepala tak gelap

Baca juga: Cara Buat Fries Homemade Paling Sedap Macam Di Kedai, Rupanya Kena Ada Bunyi ‘Meletup’

Sumber: Dunia Resepi via norbayadahalan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×