Dapur

Cara Buat Fries Homemade Paling Sedap Macam Di Kedai, Rupanya Kena Ada Bunyi ‘Meletup’

4.7K
SHARES
cara buat kentang goreng

Sebut sahaja kentang goreng, ini merupakan menu kudap-kudapan yang sangat diminati ramai tanpa mengira usia. Bahkan ada juga yang menjadikan kentang goreng ini sebagai menu kudapan sepanjang masa, risau pula jika tidak menyihatkan! Jadi, macam mana cara buat kentang goreng homemade tapi rasa macam yang dibeli di kedai?

Berikut merupakan perkongsian resepi dari Nija Lim di dalam Facebooknya tentang teknik untuk anda menggoreng kentang atau fries supaya dapat rasa yang sama macam dibeli di kedai. Kalau macam ini, makan hari-hari pun boleh!

Baca juga: Cara Masak Sambal Tumis Tanpa Sebarang Percikan Di Dinding Dapur Ikut 7 Petua Ini

CARA BUAT KENTANG GORENG HOMEMADE

cara buat kentang goreng

Bahan-bahan yang diperlukan:

-Kentang Pakistan (4-5 biji)
-Tepung jagung
-Minyak masak
-Garam

Cara-caranya:

-Ambil 4 hingga 5 biji kentang
-Potong memanjang bentuk fries
-Cuci dan toskan

-Ambil sesudu garam dan gaul sebati
-Set timer selama 10 minit dan biarkan kentang sebentar supaya keluar air
-Selepas 10 minit, cuci dan toskan
-Ambil kitchen towel dan lap-lap sedikit

-Ambil satu bekas dan letakkan 2 sudu tepung jagung
-Masukkan fries yang telah dilap tadi ke dalam bekas tepung jagung
-Tutup bekas tersebut dan goncang-goncangkan fries
-Kentang akan bersalut sebati dengan tepung jagung

-Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana
-Gorengkan kentang yang bersalut tadi sehingga masak dan toskan minyak
-Gorengan kali kedua perlu dilakukan jadi panaskan minyak dengan api yang kuat kemudian masukkan semula kentang yang telah digoreng tadi sehingga ada bunyi meletup dan jadi golden brown

cara buat kentang goreng

*Siap! Boleh dimakan sambil menonton televisyen bersama seisi keluarga!

Baca juga: Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Pedas Lemak Berkrim, Sekali Makan Terus ‘Ketagih’!

Sumber: Nija Lim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×