Dapur

Selepas Capati, Neelofa Kongsi Pula Resepi ‘Fries Homemade’…Netizen Puji Rajinnya!

17
SHARES
resepi fries homemade

Kentang goreng merupakan makanan ringan yang menjadi kegilaan ramai tanpa mengira usia. Namun, disebabkan makanan ini berada dalam kategori kurang sihat kerana digoreng dalam kandungan minyak yang banyak, ramai yang perlu kurangkan pengambilan dan mencari resepi fries homemade kerana lebih sihat.

Jangan risau kerana salah seorang selebriti popular negara, Neelofa hadir berkongsikan cara beliau buat fries atau kentang goreng di rumah. Nampaknya hasil kentang goreng tersebut macam dimakan di restoran Western!

Baca juga: Neelofa Kongsi Canai & Masak Capati Sendiri, Netizen Puji Kejadian Pun Elok Macam Tuan!

NEELOFA KONGSI RESEPI FRIES HOMEMADE PULA, ALA-ALA MAT SALLEH!

resepi fries homemade

Bahan-bahan:

-Ubi kentang (kalau nak macam Neelofa boleh beli Russet Potato)
-Garam (untuk rendam atau taburkan)
-Tepung jagung
-Minyak masak
-Sos cili

Cara-caranya:

1.Sediakan beberapa biji ubi kentang ikut kepada jenis kegemaran anda. Berdasarkan video dikongsikan Neelofa, beliau menggunakan kentang jenis Russet Potato yang lebih besar saiznya.

2.Gunakan ‘chopper’ sahaja, tanpa perlu mengupas kulit kentang untuk mendapatkan saiz kentang dipotong seperti dalam video. Tidak mengupas kulit kentang ini adalah berdasarkan resepi ‘Western Style’ di mana mereka tidak akan mengupas dan menjadikan kentang lebih rangup. Malah, banyak khasiat kulit kentang!

3.Rendamkan kentang yang telah dipotong dalam air suam dan boleh juga letak garam. Tapiskan.

4.Rebuskan kentang tersebut dalam air mendidih dalam 1 minit dan tapiskan.

5.Panaskan minyak dan masukkan kentang yang sudah disalutkan dengan tepung jagung, digoreng sehingga kekuningan dan garing.

6.Siap boleh dinikmati sama ada anda nak taburkan garam ataupun tidak. Kentang yang masih belum dimasak tetapi sudah dipotong menggunakan chopper boleh disimpan dalam peti sejuk beku dan mudah untuk digoreng lagi.

resepi fries homemade

*Jom cuba! Kalau Neelofa pun rajin, sudah semestinya anda pun rajin!

@neelofa♬ indah cintaku – dea

Baca juga: Akhirnya Jumpa Juga Cara Buat Tepung ‘Gluten Free’, Ini Nisbah Adunan Wajib Ikut!

Sumber: Tiktok @Neelofa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×