Dapur

6 Jenis Buah & Sayur Ini Tak Perlu Dikupas Kulitnya Sebelum Makan, Rugi Tak Dapat Khasiat!

12
SHARES
jenis buah

Pengambilan buah dan sayuran secara seimbang sangat bagus untuk sistem dalam badan khususnya sistem penghadaman. Terdapat beberapa jenis buah dan sayur yang anda boleh ambil setiap hari bagi mendapatkan khasiat seperti Vitamin A, kalium, dan Vitamin C.

Tak perlu susah-susah dan ambil masa yang lama untuk makan atau masak sayur dan buah ini kerana anda tidak perlu mengupas kulitnya! Ternyata, jenis buah dan sayur yang disenaraikan di bawah ini mempunyai khasiat yang lebih banyak pada kulit berbanding isi. Rugi kalau buang!

Baca juga: Makan Limau Mandarin Sebiji Pun Batuk, Kena Buat 5 Tips Ini Supaya Boleh Makan Sekotak!

JENIS BUAH DAN SAYUR YANG BOLEH DIMAKAN TANPA KUPAS

jenis buah

Foto: IDN Times

1.Buah pic/peach

Buah peach adalah salah satu jenis buah yang tidak perlu dikupas. Bukan sahaja isinya sangat manis dan sedap, kulitnya mengandungi serat, vitamin A dan antioksidan yang baik untuk kesihatan mata anda.

2.Epal

Memang ramai yang makan buah epal tanpa mengupas kulit bukan? Hal ini kerana, pada kulit buah epal, terdapat banyak serat yang penting untuk sistem penghadaman. Menariknya, kandungan serat dan vitamin lebih banyak ditemui dalam kulit berbanding dalam isi epal. Jadi, tak perlu untuk kupas ya!

3.Timun

Ramai yang baru tahu bahawa kebanyakan nutrien timun berada di bahagian kulit. Bukan sahaja timun sangat bagus untuk hidrasi kulit, dalam kulit timun juga terdapat kalium yang membantu mengawal tekanan darah. Selain itu, terdapat juga vitamin K yang menyokong kesihatan tulang dan membantu proses pembekuan darah.

4.Kiwi

Tak disangka bahawa kulit buah kiwi boleh dimakan? Memang bahagian kulit buah ini terasa kasar tapi siapa sangka bahagian ini mengandungi banyak khasiat. Kulitnya mengandungi antioksidan dan vitamin C manakala pengambilan buah ini secara kerap boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.

5.Kentang

Perasan tak ada sesetengah restoran yang tidak mengupas kulit kentang apabila dibuat ‘fries’ kan? Kulit kentang mengandungi serat, vitamin B, vitamin C, kalium, kalsium dan zat besi. Jika bahagian kulit ini terbuang, sudah tentu khasiat yang anda perolehi berkurangan. Jadi, seeloknya basuh dulu dan bilas kulit kentang sehingga bersih sebelum dimasak.

6.Terung

Seringkali dijadikan ulam dalam masyarakat Melayu, kulit terung yang berwarna lebih gelap, seperti terung ungu, mempunyai khasiat lebih tinggi. Bahagian kulit yang gelap mengandungi antioksidan kuat yang dipanggil nasunin. Dalam badan, nasunin boleh membantu mencegah kerosakan sel.

jenis buah

Foto: IDN Times

*Ramai yang baru tahu bahawa tidak perlu kupas kulit buah dan sayur di atas!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Mak Mentua Bau Semerbak Satu Rumah, Wajib Campur 4 Bahan Ini!

Sumber: Mstar

Foto: IDN Times

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×