Dapur

Resepi Ayam Goreng Mak Mentua Bau Semerbak Satu Rumah, Wajib Campur 4 Bahan Ini!

60
SHARES
resepi ayam goreng

Sebut sahaja ayam goreng, sudah pasti menu ini akan menjadi kegemaran sesiapa sahaja khususnya anak-anak. Terdapat banyak jenis resepi ayam goreng menggunakan bahan yang berbeza supaya mempunyai rasa yang lebih enak. Apakah resepi yang berbeza tersebut?

Berikut merupakan hasil perkongsian resepi dari Puan Sakinah Hamid mengenai perkongsian resepi ayam goreng dari ibu mentuanya. Mari kita lihat apakah ramuan yang ada dalam perapan ayam goreng ini.

Baca juga: Teknik Goreng Ikan Tak Melekat Sedikit Pun Di Kuali, Tak Payah Susah-Susah Sental Bila Basuh

RESEPI AYAM GORENG BAU SEMERBAK DARI MAK MENTUA

resepi ayam goreng

Mak mertua goreng ayam bau semerbak satu rumah, rasa pun sedap. Bila tanya rupanya garam kunyit tu ada ramuannya.

Bahan-bahan:

-Bawang putih
-Kunyit hidup
-Garam dan kunyit serbuk

Cara-caranya:

1.Tumbuk bawang putih dengan kunyit hidup.
2.Tambah dengan garam dan kunyit debu.
3.Perap sekejap sebelum goreng.
4.Goreng garing-garing makan dengan nasi panas-panas. Fuh memang membuka selera.

resepi ayam goreng

Foto: Gambar hiasan- Ayosemarang.com

Kalau dekat kelantan memang ada jual ramuan garam kunyit ni kat kedai. Boleh lah cuba kalau tak sempat buat sendiri.
Saya pun jarang rajin, hari ni saja baru dapat hidayah. Sebab tu kena tangkap gambar dan kongsi sini. Cuba tau!

*Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Pes Kunyit, Setiap Kali Nak Menggoreng Hanya Cedok & Lumur Je!

Sumber: Sakinah Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×