40 Minggu

Impian Nak Anak Genius ‘Terkubur’ Kalau Ibu Hamil Tidur Kurang Dari 7 Jam, Kajian Beri AMARAN!

4
SHARES
kurang tidur

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita gembira apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun berjaya masuk ke Universiti Malaya bagi pengajian ijazah. Lantas, ada yang mengatakan dan memberi idea buat ibu yang mahukan anak genius supaya jangan kurang tidur dan rehat secukupnya semasa hamil.

Nak anak pandai dan masuk universiti masa umur 12 tahun, tapi tidur jam 12 tengah malam bangun 6 pagi. Macam mana?

Baca juga: Gara-Gara Jamah Hanya 3 SUDU Laksa Lepas Berpantang, Wanita Ini Tanggung Azab Sakit Sampai Ke Hospital

IBU HAMIL KURANG TIDUR JADI PUNCA PERKEMBANGAN BAYI TERGANGGU?

kurang tidur

Menurut perkongsian dari Public Health untuk ibu hamil, tahukah anda kurang tidur semasa mengandung boleh menyebabkan anak lambat bercakap? Kajian terbaru yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism mendapati ibu yang tidur kurang dari 7 jam setiap malam berisiko tinggi melahirkan anak yang lambat berkembang dari segi sosial, emosi, dan percakapan.

Kajian ini melibatkan lebih 7,000 ibu dan anak dan hasilnya menunjukkan anak lelaki lebih terkesan.

Seperti yang kita tahu, ibu mengandung biasanya susah nak tidur kerana perubahan hormon, kerap ke tandas, atau rasa tidak selesa. Tetapi kajian ini memberi amaran bahawa tidur kurang dari 7 jam boleh meningkatkan risiko masalah perkembangan pada anak. Ibu yang mengalami Short Sleep Duration (SSD) juga berisiko mengalami diabetes sewaktu hamil, seterusnya boleh menjejaskan perkembangan otak kandungan.

Data menunjukkan bahawa ibu yang tidur cukup mempunyai anak dengan perkembangan yang lebih baik, terutama dalam kemahiran sosial dan percakapan. Untuk mengelakkan risiko ini, ibu hamil disarankan menjaga corak tidur dengan tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.

Tidur yang mencukupi bukan hanya penting untuk kesihatan ibu, tetapi juga untuk perkembangan optimum anak dalam kandungan.

“CAKAP SENANG LAH!”

kurang tidur

Namun, perkongsian ini mendapat reaksi berbeza orang ramai kerana mereka sebagai ibu hamil dan pernah hamil tidak bersetuju dengan kenyataan diberikan. Ada dalam kalangan ibu mengatakan bahawa jumlah jam tidur tidak mencukupi adalah kerana tidak disengajakan.

“Tell me how pregnant mothers can get a full 7 hours of sleep with baby kicking, back pain, frequent toilet trips; the list goes on and on”

“Tahu tak ibu mengandung ni bukan suka-suka nak tidur lambat or kurang tidur? Tahu tak bila pregnant ni susah nak tidur? Lagi-lagi dah masuk 3rd trimester. Ingat senang ke nak dapat posisi yang selesa dengan perut yang memboyot tu. Belum lagi asyik terjaga nak pergi toilet. Badan pulak rasa panas tidur asyik berpeluh lagi la tak selesa. Mana la nak dapat tidur yang nyenyak tidur yang cukup?”

*Begitu pula ya? Tapi tak mengapa, kita cuba sebaik mungkin untuk dapatkan waktu tidur yang cukup dan amalkan gaya hidup lain yang sihat supaya anak-anak membesar jadi genius juga!

Baca juga: Petua Dapat Zuriat Dengan Mandi Hujan, Pasangan Romantis Ini Mencuba Nasib

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×