Dapur

Cara Buat Pes Kunyit, Setiap Kali Nak Menggoreng Hanya Cedok & Lumur Je!

941
SHARES
cara buat pes kunyit

Sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia, makanan bergoreng seperti ayam goreng kunyit, ikan goreng kunyit atau seafood goreng kunyit. Oleh kerana ramai yang menggemari menu sebegini, mestilah kita mencari jalan yang mudah untuk membuat perapan makanan berkunyit ini bukan? Jangan risau, anda boleh cuba cara buat pes kunyit ini kerana mudah sahaja!

Setiap kali nak menggoreng, tak perlu buat campuran baharu kunyit dan garam untuk memerap bahan. Apa yang anda perlu lakukan adalah cedok sahaja pes, lumurkan pada bahan dan goreng!

Baca juga: Tak Susah Buat Pes Tomyam Homemade, Rasa Tetap Padu Dan ‘Kaw’ Bila Guna Resepi Ini

CARA BUAT PES KUNYIT, SENANG NAK MASAK

cara buat pes kunyit

Bahan-bahan:

-2 labu bawang putih
-300gm kunyit hidup
-1 bungkus garam halus
-3 inci halia
-Serbuk kunyit secukupnya – jumlah agak-agak. Fungsinya untuk jadikan pes kurang berair
-Sedikit air

Cara-caranya: 

1. Bersihkan dan kikis kulit halia, kunyit. Basuh dan toskan.

2. Satukan kunyit, bawang putih, halia dan sedikit air (sekadar cukup untuk lumatkan bahan kisar) ke dalam pengisar. Kisar halus.

3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Masukkan garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati.

4. Masukkan pes kunyit dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Pes ni boleh tahan berbulan-bulan dan sesuai untuk masak aneka makanan bergoreng.

cara buat pes kunyit

*Selamat menggoreng!

Baca juga: Cara Buat Kuih Lopes Sagu Jadi Jernih Elok, Tak Lembik Macam Bubur Bila Guna Petua Opah Ini

Sumber: Syiqah Jaafar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×