Dapur

Tips Simpan Daun Herba Masakan Pakai Plastik Aiskrim, Segar & Tahan Berbulan!

24
SHARES
tips simpan daun herba

Daun-daun herba masakan seperti daun sup, daun pandan dan sebagainya banyak digunakan dalam pelbagai jenis hidangan bagi menyedapkan rasa. Namun, disebabkan dedaun herba ini cepat layu dan kering apabila disimpan dalam peti sejuk, maka ini tips simpan daun herba masakan yang mudah bagi mengekalkan kesegarannya dalam tempoh yang lama.

Perkongsian tips simpan daun herba masakan ini adalah dari Puan Nik Hafizah yang dikongsikan semula oleh Puan Razfalina Rafli, dengan hanya menggunakan plastik aiskrim sahaja. Ruang peti ais pun jadi jimat! Jom ikuti langkah-langkahnya di bawah.

Baca juga: Resipi Sambal Bilis Petai Tempoyak, Menu Ini Bikin Kecur Liur!

TIPS SIMPAN DAUN HERBA MASAKAN TAK CEPAT KERING

tips simpan daun herba

Gambar: Freepik

Kak Lina nak berkongsikan idea bernas ini, semoga memberi manfaat buat semua Insha Allah. Mungkin ada yang dah praktikkan idea ini kan, hanya nak kongsi kepada yang belum tahu.

Okay, ketua keluarga dah beli stok barang-barang dapur dan bahan masak. Sekarang baru ketua dapur nak ambil alih pula.

Saya nak berkongsi idea simpan daun ketumbar, daun kunyit, daun sup, daun limau purut dan seangkatannya. Selalunya kalau dekat pasaraya mesti beli dalam paket dan kuantiti yang lebih daripada yang kita perlukan untuk masak.

Akhirnya, habis layu dan kering dalam tempat simpanan sayur tu, betul tak? Jadi, ikuti cara di bawah ini untuk menyimpan daun-daun herba:

  1. Gunakan plastik aiskrim.
  2. Masukkan daun-daun tersebut bersama air sebelum diikat.
  3. Setelah itu, simpan dalam freezer. Jimat ruang dalam freezer.⠀
  4. Bila nak defrost, keluarkan dari plastik itu dan lalukan bawah air paip.

Ini adalah cara untuk kekalkan kesegaran daun-daun ini. Dah suami beli macam nak kenduri, padahal nak pakai sikit sahaja.

Kak Lina dah siap letak malam tadi dalam freezer, pagi tadi dah keluarkan serai dan daun limau purut awal-awal untuk masak nasi goreng tomyam tengah hari nanti. Paling penting tahan lama, tak membazir dan sangat berkesan! Cubalah!

Kredit: nik hazifah bawangchannel

Baca juga: Resipi 5+ Jenis Sos Salad Pelbagai ‘Kerakyatan’ Mudah Disediakan, Walahhh!

Sumber: Nik Hazifah via Rafzalina Rafli

FT Image: Rafzalina Rafli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×