Dapur

Resepi Aiskrim Malaysia Hot Selling, Siap Ada Filling Cream Cheese Brand Terkenal Ini!

17
SHARES
resepi aiskrim Malaysia

Selain digelar aiskrim Malaysia, terdapat nama jolokan lain yang diberikan untuk aiskrim ini seperti aiskrim 20 sen dan aiskrim batang. Kalau nak tahu aiskrim ini sangat mudah disediakan mengikut kreativiti si pembuat dan resepi aiskrim Malaysia kali ini, mestilah penulis nak kongsikan yang best sahaja.

Didatangi dengan pelbagai perisa, peniaga ini telah sudi untuk berkongsi resepi aiskrim Malaysianya yang hot selling kepada pembaca. Menariknya aiskrimnya memiliki filling cream cheese dari brand terkenal ini. Jom cuba buat boleh sejukkan tekak!

Baca juga: 5 Cara Simpan Pisang Agar Tak Cepat Busuk, No. 2 Itu Mesti Anda Tak Sangka!

RESEPI AISKRIM MALAYSIA

resepi aiskrim Malaysia

Tak pernah terpikir langsung nak jual makanan sebelum ini. Memang saya minat berniaga tapi saya ini tak ada bakat memasak. Nak makan sendiri dan family boleh lah. Nak menguli, nak buat kuih memang tak berbakat. Buat kuih cara yang mudah tu pun boleh fail. Hahaha

Rezeki Allah nak bagi, sekarang saya dah jadi penjual aiskrim Malaysia, ini antara aiskrim saya yang hot selling. Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese, setiap warna itu perisa yang berlainan.

RESEPI AISKRIM MALAYSIA HOT SELLING!

BAHAN-BAHAN & CARA-CARANYA:

  • 2 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat
  • 10 tin air masak
  • Sedikit garam dan gula
  • Emulco (apa jenis perisa yang korang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)
  • 500 gram cream cheese (recommended brand Tatura)
  • 2 sudu susu pekat
  • Piping bag
  • Plastik untuk aiskrim jangan lupa.

resepi aiskrim Malaysia

  1. Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair. Kacau sehingga sebati, letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.
  2. Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ini banyak ya, boleh pelbagai perisa yang korang suka.
  3. Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese. Satukan 500 gram cream cheese bersama 2 sudu susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang.
  4. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim. Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu.
  5. Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.

Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang memgikut saiz plastik yang korang guna. Banyak tau. Doakan Nurul dimurahkan rezeki selalu serta dipermudahkan segala urusan ya kawan-kawan.

Sumber: Facebook Nurul Zainuddin via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×