Dapur

5 Cara Simpan Pisang Agar Tak Cepat Busuk, No. 2 Itu Mesti Anda Tak Sangka!

165
SHARES
cara simpan buah pisang

Sekiranya anak-anak menggemari buah pisang, maka anda perlu tahu cara simpan buah pisang yang betul agar ia tidak cepat membusuk. Terdapat 5 cara menyimpan buah pisang agar ia bertahan lama yang ingin penulis kongsikan kepada pembaca.

Malah, anda juga sudah sedia maklum, ia juga mudah membusuk jika salah cara menyimpannya. Justeru itu, mari ikuti cara-caranya di bawah!

Baca juga: Ikuti 10 Petua Di Dapur Ini, Barulah Bahan Kering Tahan Lama & Tak Cepat Rosak!

CARA SIMPAN BUAH PISANG

cara simpan buah pisang

1. JANGAN SIMPAN PISANG MENTAH DALAM PETI SEJUK

Cara menyimpan pisang yang pertama adalah hindari menyimpan pisang di dalam peti sejuk, terutama yang belum matang. Hal ini kerana, pisang adalah buah-buahan tropika yang secara umumnya, tidak dapat menangani tempat sejuk dengan baik.

Disebabkan itulah, tempat yang terbaik adalah pada suhu bilik kerana proses pematangannya tidak terganggu. Jadi, buah pisang yang mentah itu mampu masak sepenuhnya.

2. BELI PISANG YANG MASIH MENTAH

Menyimpan buah pisang dan menjaga kesegarannya juga boleh dilakukan dengan membeli pisang yang mentah.

Simpan pisang mentah dalam suhu bilik hingga ia sedia untuk dimakan. Jangan simpan di dalam ruang tertutup kerana ia akan mempercepatkan proses kematangan buah pisang.

3. BOLEH SIMPAN DALAM PETI SEJUK, ASALKAN…

cara simpan buah pisang

Boleh sahaja menyimpan buah pisang dalam peti sejuk, asalkan kulitnya sudah mempunyai bintik hitam. Munculnya bintik hitam pada kulit pisang menandakan kanji telah berubah menjadi gula.

Meskipun begitu, anda memiliki beberapa hari sahaja untuk menghabiskan pisang tersebut sebelum ia menjadi terlalu lembik. Sekiranya, dibiarkan hingga kulitnya berubah kehitaman, anda boleh manfaatkan isinya yang lembik itu dengan membuat pie.

4. MENGGANTUNG PISANG

Menggantung buah pisang merupakan salah satu teknik yang baik untuk menjaganya dari cepat membusuk. Hal ini kerana, teknik ini membenarkan proses pengedaran udara berlaku dan menghindari lebam pada buah.

5. GUNA PLASTIK PEMBUNGKUS

Membungkus buah pisang dengan plastik pembungkus merupakan salah satu cara juga untuk menjaga kesegaran pisang. Menutupinya akan mengurangi jumlah gas yang dilepaskan dan hal itu yang membuat pisang bertahan lebih lama.

KESIMPULAN

Itu sahaja beberapa cara menyimpan buah pisang yang belum dikupas agar tidak membusuk dengan cepat. Semoga dengan perkongsian ini, tiada lagi masalah pembaziran membuang pisang yang tidak sempat dimakan.

Sumber: Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×