Asuh

Rupanya 10 Jenis Makanan Ini Dapat Bantu Perbaiki Kitaran Tidur Anak

107
SHARES

Mengapa tidur berkualiti amat penting, terutamanya kepada kanak-kanak? Sebagaimana penting tidur untuk orang dewasa menyelesaikan rutin harian, begitulah juga buat si kecil. Hal ini kerana, aktiviti tidur yang berkualiti dapat menguatkan sistem imun, perbaiki mood dan emosi anak, mudahkan anak untuk fokus dan sebagainya.

Sebenarnyan, banyak faktor persekitaran yang beri pengaruh pada kualiti tidur anak dan makan salah satu darinya. Justeru itu, ini merupakan 10 jenis makanan yang dapat membantu perbaiki kitaran tidur anak seperti dikongsikan oleh Puan Mazliana Mazlan.

Baca juga: Ajar Anak Tundukkan Pandangan Mata, Bukan Sahaja Sifat Malu & Menutup Aurat

MAKIN LENALAH TIDUR ANAK LEPAS INI!

Gambar hiasan: Google.

Tidur penting untuk anak. Tidur yang berkualiti:

  • Kuatkan sistem imun
  • Mudahkan anak untuk fokus
  • Perbaiki mood dan emosi anak
  • Mudahkan anak belajar
  • Kurangkan radang dalam badan

Banyak faktor persekitaran yang beri pengaruh pada kualiti tidur anak. Makanan salah satu darinya. 10 jenis makanan ni, bantu perbaiki kitaran tidur anak.

TRYPTOPHAN MERUPAKAN UNSUR PENTING UNTUK DAPATKAN TIDUR YANG BAIK

Semua makanan ni, ada tryptophan. Unsur penting yang anak-anak kena ambil untuk dapatkan tidur yang baik. Real food kan semuanya.

Makanan yang ada tryptophan, akan mudahkan anak tidur, dan baiki kualiti tidur anak. Tryptophan akan bertukar kepada serotonin dan melatonin.

Serotonin, untuk tenangkan mood anak. Melatonin, main peranan penting untuk tidur anak. Ada dua hormon ni, cukup untuk buatkan anak dapat tidur lebih nyenyak waktu malam, kitaran tidur lebih tersusun.

Paling penting, elakkan junk food, makanan tinggi proses. Ini yang buat tidur anak akan jadi kacau bilau.

INI 10 JENIS MAKANAN BANTU PERBAIKI KITARAN TIDUR ANAK

1. TELUR

Cari telur pilihan yang lebih baik, tanpa antibiotik dan hormon.

2. IKAN

Ikan anak kena suka tau.

3. AYAM

Ayam tanpa antibiotik dan hormon.

4. KIWI

Kiwi untuk tidur.

5. PISANG

Pisang anak lapar tengah malam, boleh standby kat rumah selalu.

6. YOGURT

Grek style yogurt produk tenusu.

7. KACANG GAJUS

Kacang gajus pun boleh. 

8. KACANG KUDA

Kacang kuda rebus saja pun sedap.

9. BROKOLI

Brokoli ada tryptophan, bantu perbaiki kitaran tidur.

10. BAYAM

Bayam pun sama, bagus untuk kualiti tidur anak.

Kita cuba sama-sama ya.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×