Dapur

Tips Buat Kerepek Pisang Dari Peniaga, Waktu Goreng Kena Buat 2 Perkara Ini!

29
SHARES
tips goreng kerepek pisang

Bukan senang sebenarnya nak jumpa kerepek pisang yang dijual kena dengan selera sendiri. Ada yang terlebih masin, tiada rasa lemak dan tidak kuning warnanya. Apa kata kali ini, anda cuba menggorengnya di rumah dengan mengikuti tips goreng kerepek pisang dari Puan Huda yang diajar dengan lebih terperinci.

Dia telah berkongsikan banyak tips merangkumi bagaimana untuk memilih jenis pisang, merendam sehinggalah menggoreng, semuanya telah diberikan. Mana tahu buat sendiri lebih sedap, jadi selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Kiub Ayam Dari Bahan Sebenar Tanpa Perasa MSG, Sesuai Untuk Kanak-Kanak!

PERLUKAN AIR GARAM & MARJERIN SEWAKTU MENGGORENG

tips goreng kerepek pisang

Kerepek pisang nangka marjerin. Alhamdulillah tempahan raya 300 paket. Resepi turun-temurun yang rangup nipis.

TIPS GORENG KEREPEK PISANG NIPIS & RANGUP

1. TIPS PILIH PISANG

Cari pisang tua atau yang dah matang untuk peroleh kerepek pisang yang kuning keemasan. Tak perlu guna pewarna dan pengawet.

tips goreng kerepek pisang

2. TIPS RENDAM PISANG

Selepas kulit pisang dikupas, pastikan letak asam keping di dalam air rendaman supaya ia tidak hitam.

tips goreng kerepek pisang

3. TIPS KETIKA MENGGORENG PISANG

tips goreng kerepek pisang

1. Gunakan penyagat untuk menyagat pisang ke dalam kuali berisi minyak yang panas.

2. Letak satu sudu makan marjerin sewaktu pisang sudah separuh masak ke dalam kuali. Marjerin akan serap dalam pisang membuatkan pisang berasa lemak.

3. Dan apabila pisang dah garing baru masukkan air garam.

Tip ketika menggoreng, pastikan letak air garam semula setelah selang tiga kali goreng. Marjerin pula dimasukkan setiap kali menggoreng pisang.

tips goreng kerepek pisang

Sumber: Facebook Huda Perak via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×