Dapur

Resepi Kiub Ayam Dari Bahan Sebenar Tanpa Perasa MSG, Sesuai Untuk Kanak-Kanak!

10
SHARES

Ada kalanya, sesetengah individu bila memasak akan mengggunakan kiub ayam sebagai pengganti bahan perasa semula jadi seperti garam dan sebagainya untuk mendapatkan hasil yang sedap dan cepat. Namun, ada juga yang risau akan kesannya jika bahan itu terlalu kerap dicampurkan dalam masakan kerana mengandungi bahan perasa MSG.

Maka, penyelesaian kepada hal ini adalah dengan membuat kuib ayam sendiri menggunakan bahan ayam dan sayur yang sebenar tanpa campuran perasa MSG. Jom ikuti perkongsian resepi dari Puan Mazliana Mazlan.

Baca juga: Resepi Cucur Versi Sihat & Kaya Nutrisi, Sesuai Untuk Anak Makan!

KIUB AYAM DARI AYAM & SAYUR SEBENAR TANPA PERASA MSG

Gambar: Mudah sangat.

Sambil tidurkan anak pun boleh buat kiub ayam dari ayam dan sayuran sebenar tanpa perasa dan MSG. Dulu, kiub ayam mesti jadi stok tak pernah putus saya di rumah.

Bubur. Nasi ayam. Sup. Mee hailam. Nasi goreng. Banyakkan kegunaan kiub ayam penyedap rasa makanan.

Elakkan guna kiub ayam pasaran untuk masak makanan anak-anak ya. Kiub ayam bukan dari ayam sebenar dan tinggi pulak kandungan MSG dalam tu.

Lepas saya dah tahu kiub ayam tak elok untuk guna dalam masakan keluarga, saya tak pernah dah beli kiub ayam. Dan boleh je pun sebenarnya saya buat nasi ayam, buat sup ayam walaupun tak letak kiub ayam.

Sampailah ada Thermomix, baru buat sendiri kiub ayam dalam bentuk kiub mahupun serbuk sesedap rasa. Kalini saya buat kiub ayam, guna bahan apa yang ada kat rumah je.

RESEPI KIUB AYAM TANPA PERASA MSG

BAHAN-BAHAN: 

Gambar: Senang tau nak buat kiub ayam sendiri.

  • Ayam tanpa antibiotik dan bebas hormon
  • Bawang besar
  • Bawang putih India
  • Leek
  • Cendawan
  • Bunga cengkih
  • Biji ketumbar
  • Daun bay
  • Garam Himalaya
  • Cuka epal
  • Air

CARA PENYEDIAAN:

Nota: Kalau tak ada Thermomix lagi pun, korang boleh jugak buat sendiri. Mungkin perlu blend banyak kali untuk betul-betul halus kisarannya.

1. Mula kisar ayam 5 saat.

2. Kemudian kisar pulak sayur. Kisar 10 saat.

3. Masukkan balik ayam yang kita kisar tadi dan rempah ratus lain, masak 25 minit. Tinggal je, sampai tertidur haaa.

Dah siap masak nanti, kisar bagi hancur semuanya 1 minit. Mudah sangat kan.

Pernah saya buat sebelum ni, sambil tidurkan anak, dengan saya sekali tertidur. Tapi tak risau langsung sebab Thermomix akan berhenti sendiri lepas 25 minit siap masak. Takkan hangit pun.

4. Masukkan dalam bekas kiub silicon, kemudian bekukan.

Korang boleh jugak buat versi serbuk. Kena bakar lepas dah siap masak. Mana-mana je yang mudahkan korang nak buat dan guna nanti. Boleh tengok gambar macam mana saya buat.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×