Famili

Resepi Bancuhan Tepung Pisang Goreng Viral, Hampir 15 Tahun Dah Guna Untuk Berniaga

93
SHARES

Pisang goreng merupakan hidangan yang mudah untuk disediakan. Namun, tidak ramai yang mahir menghasilkan pisang goreng yang sedap dan rangup sehingga menjadi kegilaan ramai.

Justeru itu, buat penggemar makanan rangup panas ini yang bercadang untuk mulakan perniagaan pisang goreng boleh lah cuba resepi yang dikongsikan oleh pemiliknya ini. Resepi ini telah diikhlaskan oleh tuan badan untuk kegunaan peniaga-peniaga di luar sana. Hendak buat sendiri sebagai hidangan minum petang pun sedap!

Baca juga: Resepi Sambal Ikan Stail Terengganu, Nikmatnya Lawan Dengan Nasi Impit!

RESEPI BANCUHAN TEPUNG PISANG GORENG VIRAL, HAMPIR 15 TAHUN DAH GUNA UNTUK BERNIAGA

Salam semua.

Jom Yayar kongsi resipi tepung pisang goreng yang abang Yayar buat niaga selama hampir 15 tahun. Dengan ini Yayar ikhlas kongsi dan juga boleh sahabat gunakan untuk yang mahu mulakan perniagaan pisang goreng.

Sukatan tepung ni Yayar dah kecilkan sesuai untuk satu atau dua sikat pisang. Boleh guna pisang abu, pisang nangka, mahupun pisang tanduk. Banyak lagi pisang tapi lupa nak senaraikan.

RESEPI TEPUNG PISANG GORENG

  • Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap).
  • Tepung gandum suku cawan.
  • Serbuk kunyit setengah sudu.
  • Kapur makan secuit.
  • Gula sesudu besar.
  • Garam sesudu.
  • Telur sebiji.

Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.

Sumber: Facebook via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×