Dapur

Petua Goreng Pisang Rangup Guna Ketul Ais. Mudah & Menjadi Macam Di Gerai

8.6K
SHARES

“Banyak pulak pisang dekat rumah ni tak termakan. Ni kalau buat pisang goreng mesti licin. Apa rahsia pisang goreng rangup macam kat kedai tu ye? Baru syok makan!”

Memang sedap makan goreng-goreng waktu petang. Biasanya ada cempedak, keledek, pisang, sukun, dan macam-macam lagi yang digoreng.

Selalunya kalau kita beli dari gerai ni memang rangup, lebih-lebih lagi hasil air tangan mereka yang dah lama berniaga. Rangupnya sampai dah sejuk pun sedap lagi.

Tapi bila kita cuba buat sendiri dekat rumah, payah juga nak jadi elok. Kadang terlembik, kadang terkeras sangat pulak. Bila dah sejuk cepat lemau, dan ada yang jadi liat.

Rupanya salah satu petua orang berniaga pisang goreng atau apa-apa yang bersalut tepung ni ialah menggunakan ketulan ais pada bancuhan tepung.

Mudah sangat dan ternyata menjadi. Mesti semua boleh buat.

petua goreng pisang

Foto Kredit: livestrong.com

Jom ikuti perkongsian sepenuhnya oleh Puan Norlela Abdul Lahak ini.

Petua Goreng Pisang Rangup Guna Ketul Ais

Memang betullah orang cakap bila taruk ketul ais dalam bancuhan tepung untuk goreng pisang, ternyata rangup.

Sebenarnya ini kali pertama saya cuba. Serius kruk krakk rangupnya!

Bahan-bahan

Ini bahan untuk bancuhan tepung yang saya gunakan untuk celup kuih dan goreng.

  • Tepung beras (*saya guna Cap Gajah Tiga)
  • Sesudu minyak masak (yang dah panas)
  • Sedikit kapur makan
  • Sedikit air
  • Ketulan ais

Petua goreng pisang rangup

Cara-cara

Caranya mudah saja.

1. Campurkan semua bahan dan bancuh pekat. Kuantiti boleh agak-agak.

Ingat, jangan bancuh cair sebab nanti ketulan ais tu akan mencair.

2. Masa panaskan minyak dalam kuali, ambil sesudu dan campur dalam bancuhan tepung untuk lagi rangup. Gaulkan.

3. Kemudian boleh celupkan pisang, cempedak atau apa-apa kuih dalam bancuhan tadi.

Lepastu gorenglah macam biasa.

4. Siap. Dan ini lah hasil kuih yang di goreng tadi.

Serius rangup, kejadian pun cantik. Sebiji macam orang berniaga punya.

Petua goreng pisang rangup

Mudah & Menjadi!

Memang puas hati kalau boleh buat sendiri goreng-goreng ni dekat rumah. Barulah puas nak makan ramai-ramai kan?

Melalui komen, ramai yang kata cara macam ni memang digunakan oleh orang Jepun dalam pembuatan tempura, di mana mereka akan letak ais dalam bancuhan tepung untuk goreng udang, sotong, sayuran dan sebagainya. Ketulan ais pada bancuhan tepung ni dapat memberi hasil gorengan yang kekal rangup dan isinya pula tetap empuk walaupun dah beberapa jam dimasak.

Foto Kredit: bbc.co

Wah, menarik tips ni. Nak dapatkan ais pun taklah susah kan? Lagipun ramai kata guna air sejuk pun boleh.

Jadi dah tahu petuanya, bolehlah cuba sendiri di rumah. Insha Allah menjadi.

 

* Petua goreng pisang rangup ini dikongsikan oleh Puan Norlela Abdul Lahak menerusi Facebook. Kalau ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×