Dapur

Cara Buat Aiskrim Vanila Homemade Guna Blender. Sedap & Gebu Macam Yang Beli

1.1K
SHARES

“Musim panas ni memang terasa nak makan aiskrim je… Kalau beli sorang satu mesti tak cukup kalau dapat kat budak-budak ni.”

Anak-anak selalunya memang minat betul dengan aiskrim vanila. Kadang-kadang beli sekotak kecil pun dah berapa Ringgit kan?

Malah bukan budak-budak saja yang gemarkan aiskrim, kita yang dewasa pun mesti sama-sama teruja bila dapat menikmati aiskrim yang dingin, lemak berkrim dan lembut teksturnya.

Sebenarnya mudah sangat nak buat aiskrim vanila ni. Tak perlu peralatan canggih, cuma menggunakan blender tapi tetap menghasilkan tekstur aiskrim yang lembut dan lazat macam yang dibeli di kedai.

Dan yang lagi best, anda boleh jimat banyak kalau buat sendiri aiskrim homemade di rumah.

Jom tengok resepi aiskrim vanila homemade yang dikongsikan oleh Puan Nur Halim ini.

Resepi Aiskrim Vanila Homemade Yang Mudah & Lembut

Menurut Puan Nur Halim, mereka sekeluarga minat sangat dengan aiskrim vanila. Boleh dikatakan penggemar tegar aiskrim vanila.

Jadi bila boleh buat sendiri aiskrim vanila homemade ni, dapat jimat banyak.

Cara nak buat pun senang betul. Jadi, berbaloi buat sendiri di rumah.

Berikut adalah bahan dan cara membuat aiskrim vanila dengan lengkap.

Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair
  • Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 penutup esen vanila (nak sedap guna creamy vanila)
  • 1 sudu kecil tepung jagung

*Bagi yang tak tahu, inilah contoh creamy vanilla dan ovalette. Boleh beli di kedai baking atau dekat pasar raya biasa pun selalunya ada.

Cara-cara

1. Campur Semua Bahan

Mudah saja, mula-mula kita satukan semua bahan ni dalam sebuah bekas.

Nak masukkan terus ke dalam blender pun boleh.

Resepi aiskrim vanila

2. Blender

Kemudian, terus blend je sampai agak likat.

3. Sejukkan

Akhir sekali, masukkan ke dalam bekas bertutup dan sejukkan dalam freezer.

Siap!

Lepas dah keras tu bolehlah makan.

Mudah kan?

Resepi aiskrim vanila

Boleh Pelbagaikan Perasa

Selain dapat berjimat, kita juga boleh adjust rasa aiskrim ni ikut citarasa masing-masing. Tulah untungnya kalau kita buat sendiri.

Kebanyakan orang sekarang suka yang kurang manis, jadi bolehlah kita kurangkan manis.

Ada yang nak tambah bahan atau perasa lain pun boleh contohnya nak tabur biskut Oreo yang dihancurkan, nak campur buah strawberi, cip coklat atau sos coklat.

Macam contoh dekat bawah ni. Haa… Terliur kan?

Ada yang suka aiskrim Milo tu boleh tambah serbuk Milo dan jadilah aiskrim Milo. Kiranya aiskrim vanila ni sebagai basic untuk apa-apa jenis aiskrimlah.

So, nak tunggu apa lagi. Rugi kalau tak cuba buat aiskrim vanila sendiri di rumah ni.

Mudah dan sedap, tak kalah macam yang dibeli di kedai. Dapat jimat banyak pulak tu.

Berbaloi kan?

Selamat mencuba!

 

* Resepi aiskrim vanila homemade ini dikongsikan oleh Puan Nur Halim menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung resepi ini, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×