Dapur

Resepi Carrot Cupcake Versi Sihat. Mudahnya, Cuma Guna Blender!

0
reads

“Masa mula-mula saya kena pantang untuk baby Aathif yang mengalami mild eczema, kena cut down all sugar and flour yang ada gluten. Fuh, menggigil makan tak dapat gula. Jadi saya buatlah carrot cupcake ini sebagai alternatif saya supaya dapat hilang sikit kempunan tu.”

Bila dah jadi ibu menyusu, diet kita selalunya tak lagi sama macam dulu. Ada masanya ibu kena juga berpantang sebab ada sesetengah jenis makanan yang tak serasi dengan bayi. Begitulah asalnya resepi ini diolah oleh Puan Yara Az Zahra. Dengan menggunakan bahan-bahan yang ‘selamat’, terhasillah resepi carrot cupcake versi sihat ini.

Selain sesuai untuk ibu-ibu yang pantang untuk baby eczema, ia juga ideal sebagai snek anak kecil serta mereka yang ingin berdiet.

Tapi untuk resepi dalam gambar ini tepung gandum digunakan sebagai ganti sebab tepung gluten free kehabisan stok. Jadi kalau siapa yang ada alahan, silalah tukar kepada tepung gluten free ya.

Berikut adalah resepi lengkapnya untuk anda cuba.

Resepi Carrot Cupcake Versi Sihat. Mudahnya, Cuma Guna Blender!

Ini senarai bahan-bahan yang perlu disediakan terlebih dahulu.

Bahan bahan

  • 3 batang carrot
  • 2 cawan tepung gluten free
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/4 cawan organic raw cane sugar
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • Topping ikut pilihancontohnya chocolate chip, kismis, kekacang, dan lain-lain

Cara-cara

Dah cukup bahannya, ini pula cara membuatnya langkah demi langkah. Senang sangat!

1. Potong Carrot

Mula-mula, buangkan kulit dan potong carrot kecil-kecil supaya mudah dikisar dalam blender.

2. Blender Semua Bahan

Kemudian, masukkan semua bahan (kecuali chocolate chip) ke dalam food processor/ blender.

Kisarkan sampai halus dan likat macam dalam gambar di bawah ini.

resepi cupcake

3. Masukkan Dalam Acuan Cupcake

Seterusnya, dah boleh tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas cupcake.

Agak-agak tuangkan adunan dalam separuh cawan atau lebih sikit. Tak perlu penuh sangat.

Sebelum bakar, taburkan topping pilihan anda. Kalau nak lebih sihat contohnya, bolehlah letak kismis atau kacang badam yang dicincang halus.

4. Bakar

Akhir sekali, bakar 170 celcius selama 30 minit atau sehingga masak.

Rangup di Luar, Lembut Di Dalam

Dan…. inilah hasilnya yang fresh from oven. Memang sedap walaupun menggunakan bahan-bahan yang lebih sihat. Rasa lemak manis daripada carrot cukup terasa. Lagipun sebab ianya kurang gula, tak adalah rasa cepat muak. Nak makan pun rasa kurang bersalah!

Apa lagi, jomlah cuba. Mudah saja nak membuatnya bukan?

 

*Resepi cupcake carrot ini disumbangkan oleh Puan Yaya Az Zahra dan ia disunting serta diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan tips-tips lain, boleh follow beliau di SINI.

Yang Popular

To Top