Buat anda yang merupakan penggemar pemanis mulut, kek sudah pasti tidak akan ditinggalkan dalam senarai. Tambah pula kalau terjumpa resepi kek 3 bahan yang sangat mudah, sudah pasti akan dicuba.
Paling menarik sekali, dengan hanya 3 bahan iaitu yogurt, telur dan tepung jagung, anda sudah boleh buat kek yang lazat dan memuaskan. Malah, resepi kek yang dikongsikan di bawah ini bebas gula. Jadi kalau anda sedang dalam proses diet atau hidap diabetis, boleh makan tanpa rasa bersalah!
Baca juga: Cara Buat Agar-Agar Kering Macam Nenek Ajar, Bangkitkan Nostalgia Zaman Dulu!
RESEPI KEK 3 BAHAN, BEBAS GULA!
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 bekas yogurt (500 gm)
-4 biji telur
-1/2 cawan tepung jagung
-Keju dan madu sebagai topping (jika suka)
Langkah-langkah penyediaan:
1.Satukan yogurt dan telur dalam satu mangkuk. Kacau menggunakan whisk tangan sehingga bahan-bahan sebati.
2.Kemudian, tambahkan tepung jagung ke dalam campuran tersebut. Kacau lagi sehingga semuanya tercampur rata.
3.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar (baking paper).
4.Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga masak.
5.Jika suka, drizzling (tuangkan) madu di atas permukaan dan taburkan keju sebagai topping. Selamat mencuba!
*Sedapnya nampak makan panas-panas!
Baca juga: Resepi Koktail Buah 7 Keturunan, Tambah 1 Bahan Rahsia Ini Untuk Lebih ‘Kick’!
Sumber: Tiktok @moerajohnson