Menjadi kegemaran ramai dan viral baru-baru ini dalam kalangan rakyat Malaysia adalah Milk Bun Thai. Menu pemanis mulut yang popular di kafe Thailand ini telah masuk ke Malaysia, malah didatangkan dengan pelbagai jenis perasa. Tapi, apa yang menyedihkan adalah roti yang lembut ini akan ‘lesap’ dijual dalam sekelip mata!
Oleh itu, inilah masanya untuk anda yang rajin-rajin belaka buat sendiri roti viral ini di rumah berdasarkan panduan resepi di bawah. Barulah puas makan bila buat sendiri.
Baca juga: Resepi Pulut Sekaya/Seri Muka Bakar, Paling Sedap Ada Lapisan Kerak Lemak Berkrim!
RESIPI MILK BUN THAI VIRAL
Bahan-bahan roti:
-350g tepung roti
-45g gula kastor
-15g milk powder
-4g yis
-1 biji telur
-150ml susu cair sejuk (masukkan sedikit-sedikit)
-30g butter
-3g garam
Cara membuat roti:
1.Uli semua bahan roti kecuali butter dan garam sehingga sebati (3 minit).
2.Masukkan butter dan garam, sambung ili sehingga sebati (12-15 minit).
3.Rounding, potong dan timbang untuk 25g. Rehatkan selama 30 minit.
4.Ambil adunan dan kemaskan/rounding untuk diletakkan di dalam bekas aluminium (6 pcs satu bekas). Rehatkan 1 jam.
5.Beruskan adunan dengan susu cair sebelum dibakar.
6.Bakar pada suhu 180°C menggunakan api atas dan bawah selama 15 minit atau sehingga masak.
Bahan diplomat cream:
-300g susu cair
-50g gula kastor
-2 biji kuning telur
-25g tepung jagung
-15g butter
-200g dairy whipping cream (sejuk)
Cara membuat diplomat cream:
1.Masak semua bahan sampai mendidih kecuali butter.
2.Bila dah siap, campurkan butter.
3.Putar whipping cream dan campurkan sebati.
Bahan krim untuk dioles:
-1.90g unsalted butter
-2.40g susu pekat
Cara membuat krim untuk dioles:
-Campurkan semua bahan.
Bahan topping serbuk susu:
-70g milk powder
-70g gula aising
Cara isikan cream dan topping:
-Setelah roti masak, tunggu sehingga sejuk dan lubangkan sedikit bahagian atas roti.
-Isikan dengan diplomat cream.
-Setelah itu, oleskan dengan krim untuk dioles dan taburkan topping serbuk susu.
*Selamat mencuba!
Baca juga:
Sumber: BAHAN By The MK’s