Dapur

Rupanya Ini Rahsia Resepi Cili Sos Thai Sedap, Nak Cicah Apa Pun Ngam!

4
SHARES
cili sos thai

Cili sos Thai, atau dikenali sebagai “nam chim kai” dalam bahasa Thai, merupakan sos pencicah yang popular di Thailand. Ia terkenal dengan rasa pedas, masam, manis dan masin yang seimbang, menjadikannya pencicah yang sempurna untuk pelbagai hidangan.

Tapi, bagaimana kalau nak buat sendiri? Susah tak? Tak susah sebenarnya, berikut merupakan perkongsian resepi sos cili ini yang ada boleh buat di rumah dan siap dalam masa 15 minit sahaja!

Baca juga: Laksa Lemak Siam Kini Jadi Menu ‘Hot & Trending’, Kalau Teringin Boleh Cuba Ikut Resepi INI!

CARA BUAT CILI SOS THAI MACAM KEDAI TOMYAM

cili sos thai

Bahan-bahan:

-10 cili besar
-10 tangkai cili api merah
-800ml air untuk kisar
-6 ulas bawang putih
-3 sudu besar gula kabung Thai
-1 1/2 cawan gula pasir
-3 sudu besar sos ikan
-1 cawan cuka makan
-3 sudu besar tepung ubi kayu atau tepung jagung
-Cairkan bersama 1/2 cawan air

Cara-caranya: 

1.Potong kecil cili besar untuk senang nak kisar.

2.Kisar semua bahan.

3.Siap kisar, masukkan dalam periuk untuk masak.

4.Kemudian masukkan gula kabung Thai, masukkan sos ikan.

5.Masukkan satu sudu gula dan satu sudu cuka makanan.

6.Biarkan mereneh sampai cili masak sepenuhnya, elak sakit perut.

7.Bila cili dah masak, masukkan garam dan perasa secukupnya.

8.Masukkan bancuhan tepung ubi atau tepung jagung dan kacau laju-laju.

9.Bila sos dah pekat, biarkan mereneh sekejap dan boleh tutup api.

10.Siap!

cili sos thai

*Boleh juga simpan sebagai stok dalam peti sejuk dan sangat enak dicicah dengan apa jua makanan ringan!

Baca juga: Didakwa Ada Sisa Kimia, Ini CARA TERBAIK Untuk Bersihkan Buah Anggur Shine Muscat Guna 1 Bahan

Sumber: Cik Puan Hana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×