Sambal tumis ikan bilis merupakan padanan wajib bagi menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak. Namun, selain hanya dimakan sebagai sambal tumis ikan bilis biasa, ia juga boleh dijadikan sebagai cili boh dan digunakan untuk masak sambal tumis menggunakan bahan mentah yang lain.
Lebih menarik lagi adalah, sambal tumis ikan bilis yang ‘bertukar’ menjadi cili boh ini juga boleh disimpan berbulan-bulan dan hanya perlu dipanaskan sahaja kalau hendak makan semula bersama bihun goreng atau nasi. Mari ikuti resepinya seperti di bawah supaya cili tidak cepat basi.
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kari, Nampak Biasa Tapi Sedap Tak Boleh Bawa Bincang!
CARA BUAT SAMBAL TUMIS IKAN BILIS JADI CILI BOH
Bahan-bahan kisar di bawah:
– 1 biji bawang Holland saiz kecil
– 6-7 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– Segenggam ikan bilis goreng
– 1 sudu kecil udang kering
– 2 cubit belacan
Cara-caranya:
1.Panaskan semangkuk setengah minyak. Goreng dua genggam ikan bilis separa garing. Cikgu guna saiz ikan bilis besar. Kalau tukar ke saiz yang lebih kecil lagi baik.
2.Tumis bahan kisar dalam minyak bekas gorengan ikan bilis tadi.
3.Biar bahan kisar ini ditumis sampai naik bau kira-kira 10 minit.
4.Masukkan sebanyak 150-180g atau 4 senduk cili boh. Kacau sesekali selama 12 minit untuk biarkan cili ini masak betul. Guna api perlahan sahaja.
5.Pecah minyak elok.
6.Bolehlah masukkan bahan-bahan mengikut sukatan di bawah / terpulang pada citarasa sendiri:
– Sekeping nisse Kelantan (gula Melaka)
– 1/3 sudu kecil garam
– 6 sudu besar gula putih
– 1 sudu kecil perencah/perisa
– 2 cubit asam jawa + semangkuk kecil air
7.Bahan di atas semua masuk dalam sambal.
8.Tambahkan juga:
– 2 sudu besar gula melaka hancur
– Segenggam ikan bilis goreng
– Setitik dua cuka
9.Cikgu tambah setitik dua cuka untuk menaikkan rasa sambal.
10.Kacau lagi sesekali selama 15-17 minit menggunakan api perlahan sahaja sebelum ditutup apinya.
11. Maka siaplah ‘Sambal Tumis Ikan Bilis- Cili Boh’ yang sedap secukup rasa.
*Nampak merah elok dan boleh jadikan sebagai stok sambal juga. Mudah setiap kali nak masak!
Baca juga: Resepi Nasi Goreng Kunyit Macam Nenek Masak, Ada ‘Vibe’ Tahun 90-an!
Sumber: Afy Al-Habibi