Dapur

Resepi Sambal Sotong Kembang, Lembut & Tak Liat Macam Getah

10
SHARES
resepi sambal sotong kembang

Salah satu menu yang sangat padan digandingkan bersama nasi lemak atau nasi kosong adalah sambal sotong kembang. Walaupun ramai yang pernah rasa sambal yang menggunakan sotong kembang ini namun, masih ramai yang tercari-cari resepi sambal sotong kembang yang betul sedap.

Kata orang, ada sotong kembang yang terlampau liat untuk dimakan kerana salah teknik masak. Jangan risau, ikut sahaja perkongsian resepi di bawah.

Baca juga : Cara Masak Sup Ketam Ikut Resepi Eina Azman, ‘Ubat’ Lawan Penyakit Paling Sedap!

RESEPI SAMBAL SOTONG KEMBANG PADU

resepi sambal sotong kembang

Bahan-bahan:

-3 ekor sotong – bersihkan
-6 -7 sudu makan cili kering kisar (cili kering direbus dulu sebelum dikisar)
-2-3 sudu makan bawang besar kisar
-1 sudu makan bawang putih kisar
-1 sudu makan halia kisar
-1-2 biji bawang besar – hiris kasar
-1 ketul (kecil) gula melaka
-1 sudu teh pes asam jawa
-Garam & serbuk perasa
-Sedikit gula pasir
-Semangkuk kecil kacang tanah
-Semangkuk kecil kacang tanah

Cara masak:

1.Bersihkan sotong dan rebus sekejap. Bila air sudah mendidih, padamkan api dan biarkan seminit dua. Kemudian toskan air dan potong ikut saiz yang anda suka.

2.Goreng kacang tanah dan kisar sedikit kasar. Ketepikan.

3.Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar sampai sedikit garing.

4.Masukkan bahan-bahan kisar seperti bawang besar, bawang putih dan halia. Ratakan sekejap.

5.Masukkan cili kering kisar, ratakan.

6.Tambahkan juga gula melaka. Tumis semua bahan dan gaul sebati.

7.Seterusnya masukkan garam, ajinomoto, gula pasir (jumlahnya agak-agak sahaja) dan sedikit pes asam jawa. Gaul rata dan biarkan hingga naik minyak.

8.Boleh masukkan sotong. Gaul rata.

9.Kemudian masukkan juga kacang tanah goreng yang sudah dikisar kasar tadi.

10.Masukkan sedikit air, gaul lagi. Jika suka boleh tambah kacang tanah lagi.

11.Teruskan masak sehingga sambal pecah minyak dan wangi. Sentiasa kacau supaya sambal tidak hangit.

12.Bila semua bahan sudah masak sempurna, padam api dan Sambal Sotong Kembang sedia untuk dinikmati.

resepi sambal sotong kembang

*Nikmatnya bila makan dengan nasi lemak atau nasi putih!

Baca juga: Cara Pilih Jenis Sotong Segar Di Pasar Ramai Tak Tahu, Manis Bila Dimasak Lain Macam!

Sumber: Har Ryea

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×