Dapur

Resepi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun, Sekali Makan Teringat Masakan Nenek Di Kampung

1.4K
SHARES
sambal nasi lemak

Sebut sahaja nasi lemak, memang sudah dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia malah di serata dunia. Namun, ‘wira’ nasi lemak ini bukan sahaja terletak kepada tekstur nasi yang lembut dan berlemak malah sambal cili sebagai kuah bersama nasi itu adalah sangat penting dari segi warna dan rasa. Jadi, apakah resepi sambal nasi lemak yang paling ‘power’ sekali?

Mungkin ada banyak perkongsian resepi sambal nasi lemak tetapi, ada satu perkongsian resepi menerusi laman Twitter Nurul Shima ini mendapat perhatian ramai kerana ia merupakan resepi turun temurun keluarga!

Baca juga: Makanan Yang Tidak Elok Dipanaskan Semula, Baru Tahu Nombor 3 Tak Boleh Tapi Selalu Buat!

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK TURUN TEMURUN, CUKUP RASA

Berikut merupakan perkongsian resepi sambal nasi lemak yang menjadi kegilaan ramai ini.

sambal nasi lemak

Sambal nasi lemak, resepi turun temurun:

– Tumis 3 sudu bawang merah kisar sampai naik bau wangi.

– Masukkan 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikisar. Kacau bagi sebati, jangan hangit.

– Masukkan 7 sudu besar cili kering kisar. Kalau nak pedas, masukkan lagi cili kisar tu. Saya tak nak pedas sangat.

– Masukkan 3 sudu besar gula melaka yang dah dihancurkan. Kacau sebati dan biarkan ia masak. Api tu jangan besar dan jangan kecik, just nice.

– Dah nampak sambal tu merah berkilat, masukkan 5 sudu kecil garam dan 7 sudu besar air asam jawa. Kacau dan biar ia mereneh.

– Apabila sambal dah mula pekat, masukkan 2 sudu besar gula putih dan 2 helai daun pandan. Kacau dan biarkan ia masak lagi.

– Setelah 20 minit ia masak, dah boleh tutup api dan hidangkan.

InsyaAllah sambal nasi lemak cara saya ni tahan untuk beberapa hari dengan suhu bilik.

sambal nasi lemak

*Nampak sedap bukan? Kalau bosan nanti asyik makan lauk daging sahaja sempena Hari Raya Korban, boleh buat nasi lemak pula!

Sumber: Twitter @NurulShima

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×