Dapur

Makanan Yang Tidak Elok Dipanaskan Semula, Baru Tahu Nombor 3 Tak Boleh Tapi Selalu Buat!

17
SHARES
makanan dipanaskan

Menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian apabila kita memanaskan semula makanan bila tidak habis dimakan. Tengok elok lagi, jadi tidak menjadi sebarang masalah kalau dipanaskan semula kan? Sedar atau tidak, sebenarnya ada beberapa jenis makanan dipanaskan semula boleh mengundang masalah kesihatan!

Makanan apakah yang tak boleh dipanaskan itu? Risau juga sebab selalu sahaja memanaskan semula makanan di rumah!

Baca juga: Rupanya Panaskan Nasi Secara Berkali-Kali Boleh Jadi Punca Keracunan, Patutlah Sakit Perut!

7 JENIS MAKANAN DIPANASKAN SEMULA INI SEBENARNYA BAHAYA

makanan dipanaskan

1.Nasi

Menurut Agensi Piawaian Makanan, beras yang tidak masak boleh mengandungi spora bakteria yang dapat menyebabkan keracunan makanan. Apabila beras dimasak, spora dapat bertahan, kemudian, jika beras ditinggalkan pada suhu bilik, spora akan berkembang dan boleh menghasilkan racun yang menyebabkan muntah atau cirit-birit.

Namun, pemanasan semula nasi tidak akan menghilangkan racun ini dan cara terbaik untuk simpan adalah dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum panaskan semula.

2.Kentang

Tahukah anda bahawa memanaskan semula kentang boleh menggalakkan pertumbuhan, ‘botulism’, iaitu satu bentuk keracunan makanan yang disebabkan oleh, bakteria C, botulinum. Ketahui bahawa memanaskan begitu sahaja atau dengan balut menggunakan aluminium foil adalah cara yang salah! Haba yang terhasil dari proses pemanasan semula makanan akan memberi tempat untuk terhasilnya pertumbuhan bakteria, dan bukan membunuh bakteria tersebut.

3.Ayam

Baru tahu bahawa makanan protein tinggi ini sebenarnya boleh berubah ketika ayam dimasak dan dipanaskan untuk kali kedua. Salah satu sebab tak boleh dipanaskan adalah kerana akan mengalami masalah pencernaan. Kalau nak panaskan juga, pastikan isi bahagian dalam betul-betul panas!

4.Cendawan

Tumbuhan ini merupakan antara jenis sayur yang perlu dimakan sejurus sahaja siap dimasak. Hal ini kerana, kandungan protein yang ada dalam cendawan boleh hilang dan akan memberi kesan buruk kepada perut anda. Makan fresh selepas dimasak lagi sedap!

5.Minyak

Sudah diketahui umum bahawa minyak masak merupakan bahan memasak yang tidak boleh digunakan lebih dari dua kali. Kalau anda perasan, minyak boleh menjadi tengik atau bertukar menjadi lemak apabila dikenakan haba yang tinggi. Ini termasuk juga kacang hazel, avokado, walnut, atau biji anggur. Gunakan mereka pada suhu bilik adalah lebih baik.

6.Telur

Telur pun tak boleh dipanaskan ke? Perlu untuk anda tahu bahawa memanaskan semula protein ini apabila ia sudah direbus atau dimasak boleh menjadi toksik. Memanaskan semula telur boleh mendatangkan kesan buruk dalam sistem pencernaan anda dan ini mungkin punca anda sakit perut!

7.Saderi

Seperti cendawan, sayur seperti saderi sebenarnya lebih elok dan enak dimakan terus selepas masak dan jangan dipanaskan semula. Hal ini kerana, haba pada saderi boleh sebabkan nitrat padanya mengubah sifat-sifat karsinogenik toksik terutamanya apabila ia dipanaskan untuk kali kedua. Masak sahaja sayur yang baharu.

makanan dipanaskan

*Kalau dapat suami yang semuanya kena masak baharu, kena layankan sahaja lah ye. Mungkin mereka sudah tahu mengenai makanan yang tak elok dipanaskan semula ini..

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×