Dapur

3 Cara Mudah & Selamat Panaskan Semula Lebihan Makanan Semasa Buka Puasa Untuk Sahur

30
SHARES
makanan berbuka

“Banyak lagi lebihan makanan berbuka tadi, nanti nak panaskan ketika sahur lah..”

Mempunyai lebihan makanan yang dimakan ketika berbuka puasa itu merupakan perkara normal. Namun, lebihan makanan ini tidaklah dibuang begitu sahaja kerana boleh dipanaskan semula untuk dimakan ketika sahur. Tapi, ada cara-cara tertentu sahaja yang sesuai untuk memanaskan semula makanan tersebut tanpa mengeringkannya. Berikut merupakan antara 3 cara yang disarankan.

Baca juga: 5 Resepi Kuih Muih Tradisional Yang Popular & Sedap Untuk Berbuka, Tak Sah Kalau Tak Cuba!

CARA PANASKAN MAKANAN BERBUKA UNTUK SAHUR, RASA MASIH SAMA!

makanan berbuka

Foto: Freepik

1.Panaskan guna microwave

Salah satu fungsi utama ketuhar gelombang mikro atau microwave adalah untuk memanaskan makanan. Tetapi pada asasnya, anda boleh memanaskan semula makanan yang tidak mempunyai kulit kering dan rangup, seperti kentang goreng, pasta dan mi.

Ia juga boleh memanaskan sup, rebusan, kari dan makanan bertumis. Pastikan anda guna bekas makanan yang sesuai dipanaskan dalam microwave dan elakkan menggunakan peralatan memasak dari logam, kerana gelombang mikro tidak boleh menembusi logam.

2.Panaskan semula di atas dapur

Lebihan makanan yang dimakan semasa berbuka boleh juga dipanaskan di atas dapur. Malah, memanaskan makanan di atas dapur dianggap terbaik untuk mengembalikan tekstur dan rasa masakan kepada yang asal. Tetapi pastikan api dibuka kepada sederhana sahaja dan kacau makanan tersebut. Tapi kacau secara perlahan-lahan supaya tidak hancur.

3.Lapis bekas dengan aluminium dan masukkan dalam oven

Kalau anda mempunyai ketuhar atau oven di rumah, Anda boleh memanaskan sisa makanan menggunakan alatan tersebut.  Ini kerana ketuhar mampu mengagihkan haba secara merata ke seluruh kawasan makanan.

Terutama sekali makanan yang dipanggang, prinsip asas pemanasan ialah memanaskan makanan mengikut cara asalnya dimasak. Gunakan suhu rendah untuk memanaskan, iaitu sekitar 175 darjah Celsius. Khusus untuk daging panggang, gunakan suhu ini selama 20 minit dan untuk makanan lain hanya 10-15 minit. Tutup makanan dengan aluminium foil untuk mengelakkan makanan daripada kering.

MAKANAN APA TAK BOLEH PANASKAN?

makanan berbuka

Foto: Freepik

Memanaskan makanan adalah praktikal dan memendekkan masa. Tetapi malangnya, proses ini boleh menghilangkan pelbagai jenis khasiat, malah boleh mencetuskan kemunculan bahan toksik daripada makanan.

Secara amnya, makanan yang tidak boleh dipanaskan semula mengandungi kadar nitrat yang tinggi. Contohnya, makanan bergoreng. Kemungkinan besar ia masih mengandungi minyak. Jika ia dipanaskan semula, risiko pembentukan aldehid boleh berlaku, seterusnya mencetuskan penyakit degeneratif. Berikut merupakan antara makanan yang tidak boleh dipanaskan:

-Bayam
-Seleri
-Lobak
-Buah
-Kentang

*Semoga bermanfaat!

Baca juga: Alamak, Terlambat Bangun Sahur? Ini 9 Makanan Paling Cepat Anda Boleh Siapkan & Sedap!

Sumber: Popmama

Foto: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×