Sihat

Makan Buah Anggur Yang Ada Biji Lagi Bagus Dari ‘Seedless’, Jangan Diludah Buang!

273
SHARES
buah anggur

Salah satu jenis buah yang menjadi kegemaran bukan sahaja rakyat Malaysia malah seluruh dunia adalah buah anggur. Kecil, mudah dimakan dan mempunyai rasa masam-masam manis, buah anggur juga sangat mudah didapati dan ada juga yang menanamnya di rumah.

Namun, sejak kebelakangan ini ramai yang memilih untuk makan buah anggur yang tidak mempunyai biji kerana dikatakan lebih mudah untuk ditelan. Tetapi, tahukah anda bahawa pengambilan buah anggur yang mempunyai biji adalah lebih bagus dari yang tiada biji?

Baca juga: 10 Sebab Anda Kena Makan Terung, Khasiat Nombor 4 Paling Tak Sangka!

MAKAN BUAH ANGGUR YANG ADA BIJI LAGI BAGUS DARI TANPA BIJI?

buah anggur

Foto: Lifehacker

Walaupun kebanyakan jenis anggur di kedai hari ini adalah tanpa biji, kadangkala anda boleh menemui anggur yang mempunyai biji di tengah. Biji anggur adalah rangup dan mempunyai rasa yang sedikit pahit, tetapi itu tidak bermakna anda perlu meludahkannya. Bahkan, jika anda tertelan biji anggur, ia tidak mungkin membahayakan kesihatan anda.

Menurut Healthline, biji anggur mengandungi beberapa sebatian yang mungkin menawarkan manfaat kesihatan, seperti antioksidan, flavonoid dan melatonin. Biji buah anggur juga digunakan untuk membuat makanan kesihatan seperti minyak biji anggur dan ekstrak biji anggur, yang digunakan sebagai makanan tambahan.

Ini kerana biji anggur adalah sumber fitokimia seperti asid Gallic, catechin, dan epicatechin yang kaya dengan antioksida. Berikut merupakan khasiat biji anggur, sebagaimana perkongsian oleh bekas Timbalan Pengarah Perancangan Makanan MARDI, Dr Suri Roowi di laman Facebooknya.

1. Kajian menunjukkan ekstrak biji anggur membantu turunkan darah tinggi, bantu aliran darah, tegangkan kulit, lambatkan nyanyuk, bantu masalah buah pinggang, anti-diabetis, anti-kolesterol, anti-tumor dan membantu kurangkan risiko kanser.

2.Kajian yang dilakukan oleh saintis Jepun mendapati meminum ekstrak biji anggur boleh mengurangkan pigmentasi kulit dalam masa satu tahun.

3. Kajian oleh saintis lain dalam tahun 2012 juga mendapati ekstrak biji anggur boleh mengurangkan pigmentasi kulit (dengan merencat enzim tyrosinase), lebih tinggi berbanding ekstrak kulit anggur.

4. Memandangkan struktur kimianya agak besar, ekstrak biji anggur sebaiknya diminum bersama madu dan sumber tinggi fiber agar pemecahan dan penyerapan bahan berkhasiat jadi lebih mudah.

buah anggur

Foto: Minneopa Orchards

*Selepas ini, kalau makan buah anggur yang mempunyai biji jangan diludahkan pula ya!

Baca juga: 7 Petua Tradisional Hilangkan Lenguh Kaki, Nak Jalan 10 Ribu Langkah Pun Tak Ada Masalah!

Sumber: Dr.Suri Roowi, Healthline

Foto: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×