Sihat

Bila Anak Demam, Cuba 10 Jenis Makanan & Minuman Ini Supaya Sembuh Dengan Ekspres!

1
SHARES
makanan untuk orang demam

Menjadi kebiasaan apabila anda atau anak-anak mengalami demam, pasti akan hilang selera makan dan mula memilih makanan tertentu. Penting untuk anda tahu, jenis minuman dan makanan untuk orang demam terutamanya dalam kalangan anak-anak supaya makanan yang diambil bukan sahaja berkhasiat malah cepat untuk menyembuhkan demam tersebut.

Berdasarkan perkongsian Dr.Mazliana Mazlan, beliau menyarankan untuk pastikan ambil 10 jenis minuman dan makanan ini jika anda atau anak-anak jatuh sakit. Selain makan ubat yang diberikan doktor, makanan seharian amat penting untuk melegakan dan meningkatkan sistem imunisasi badan ya.

Baca juga: Resepi Chinese ABC Soup Paling Simple Dan Semudah ABC Seperti Namanya, Sedap Hirup!

MINUMAN & MAKANAN UNTUK ORANG DEMAM TERUTAMANYA ANAK-ANAK

makanan untuk orang demam

Kalau anak demam, boleh cuba 10 makan minum ini. Antara manfaatnya adalah:

-Ia bantu kurangkan radang dalam tubuh anak
-Ia bantu berikan hidrasi untuk tubuh anak
-Ia bantu berikan kesan penyembuhan buat anak

Pilih 5 dari 10 makan minum yang saya share ni, konsisten bagi pada anak setiap kali demam. Tapi tak boleh lupa 4 perkara ni;

1. Makan minum kena jaga
2. Grounding 15 minit
3. Sunning/Dedahkan pada cahaya matahari waktu Dhuha
4. Tidur mesti berkualiti

makanan untuk orang demam

10 Makanan Yang Boleh Diambil

1. Bone broth. Reneh lama tulang daging atau tulang ayam. Kaki ayam pun best, tapis dan bagi anak minum sup itu.

2. Air kelapa wajib ada ya!

3. Air putih. Boleh letak saffron sekali.

4. Air madu pun boleh. Yang ini bagi setiap pagi bersama madu dan almanna prebiotik.

5. Air zamzam. Air paling hebat di dunia. Minum, doa, dan yakin Allah bagi sembuh demam anak.

6. Aiskrim homemade 100% dari buah. Tak nak letak gula dan boleh ganti madu kalau nak manis.

7. Kunyit. Masuk dalam sup anak, letak banyak sikit.

8. Bawang putih. Tumis dalam bubur anak waktu anak demam.

9. Minyak kelapa anti radang. Bagi 2/3 kali sehari.

10. Minyak zaitun kids friendly. Tak kuat rasa pejar di tekak, tapi tinggi antioksida.

*Boleh cuba ya. InsyaAllah anak akan cepat lega demam.

Baca juga: Cara Buat Air Lemon Madu Homemade, Petua Rawat Batuk Dan Selesema Degil!

Sumber: Dr.Mazliana Mazlan

Foto: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×