Sihat

Elak 10 Jenis Makanan Ini Ketika Anak Demam, Batuk & Selesema..Baru Tahu Tak Sesuai!

29
SHARES
makanan yang perlu dielakkan

Merawat anak demam, batuk dan selesema tentunya sangat mencabar bagi mak ayah kerana si kecil pasti susah makan. Namun, penting untuk anda tahu terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan ketika mereka sakit.

Berikut merupakan perkongsian dari Puan Hanis Athirah dan Dr. Mazliana Mazlan mengenai 10 makanan yang mak ayah kena elak anak makan ketika tidak sihat. Tak sangka, ada makanan yang dirasakan bagus rupanya tidak sesuai diambil anak!

Baca juga: Hilangkan Batuk Kahak Degil Dengan ‘Sumbat’ 2 Bahan Ini Dalam Stokin, Pakai Semalaman!

10 MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA DEMAM, SELESEMA DAN BATUK

makanan yang perlu dielakkan

Saya pernah tersilap dulu. Ingatkan kalau anak tak sihat takpe layan saja anak nak makan apa. Rupanya tak. Doktor perubatan terkenal Mazliana Mazlan nasihatkan, elak 10 makanan ni masa anak tak sihat, insyaAllah anak cepat sembuh. Demam, batuk, selsema, akan ambil masa nak baik. Makanan ni semua, akan tambahkan radang dalam badan anak, buatkan anak lambat nak sembuh.

Ternyata perlu lebih hati-hati lagi dengan makan minum bila anak bila tak sihat, supaya proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat, insyaAllah. Kita cuba ikhtiar sedaya mampu, elakkan dari anak-anak dan keluarga, terutama waktu mereka sakit. Lagipun tak elok selalu beri anak makanan berproses sebegini. Banyakkan real foods. Sama-sama kita cuba ya, sediakan pilihan bahan makanan yang baik di rumah buat anak-anak.

1. Susu kotak

– Makanan yang boleh naikkan radang dalam tubuh.
– Terutama susu berperisa seperti coklat, strawberi, pisang yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan.

2. Cereal

– Banyak bersumberkan dari bahan GMO.
– Pengawet dan pewarna tiruan tidak ketinggalan.

3. Roti dan biskut

– Terutama yang pasaran, banyak sangat bahan yang digunakan untuk sediakan sebuku roti dan sepakat biskut.
– Kalau buat sendiri, cuba guna pilihan bahan yang baik.

4. Susu kultur tinggi gula

– Yang ini baja kepada semua penyakit kan.
– Gula tersembunyi tak ditulis nama gula, tapi diganti dengan nama lain contohnya fruktosa, gluckosa, sirap jagung dan sebagainya.

5. Daging proses

– Sosej, nugget, burger, meatball dan seangkatan dengannya.
– Makanan bukan dari daging sebenar, dan pengawet nitrit digunakan.

6. Aneka sos dan salad dressing

– Mayonis, sos tomato dan sebagainya.
– Jenis makanan yang ini, ada pengawet untuk kekal lama dua tiga tahun di rak pasaraya.

7. Makanan dalam tin

– Apa saja bahan makanan dalam tin, elakkan sepenuhnya.
– Sardin, tuna, kari ayam. Kalau takde pengawet sekali pun, sebab terperap lama dalam tin aluminium, dari situ akan datang kesan buruk pada badan anak.

8. Jus buah dalam kotak

– Tak ada satu jenis jus buah pun yang kita buat di rumah, tahan lebih dari 3 hari kan.
– Sangat tinggi dengan kandungan gula.

9. Candy bar, coklat, aiskrim dan jajan

-Tinggi sangat kandungan gula dan pewarna tiruan untuk anak-anak kita. MSG pun tinggi.

10. Mi segera

– Bila buka saja plastik perencah, dau bau harum semerbak satu rumah kan.
– Tinggi MSG dan perasa tiruan yang buatkan baunya menusuk ke hidung hingga aktifkan deria rasa kita.

makanan yang perlu dielakkan

*Ingat, mak ayah jangan terlampau ikut sangat permintaan anak-anak ya. Risau makin melarat sakit itu nanti!

Baca juga: Petua Turunkan Suhu Demam Tanpa Ubat, Hanya Campur 2 Bahan Dapur Ini & Minum!

Sumber: Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×