Sihat

Petua Turunkan Suhu Demam Tanpa Ubat, Hanya Campur 2 Bahan Dapur Ini & Minum!

55
SHARES
demam panas on off

“Adoi, asyik demam panas on off, kejap panas mencanak, kejap sejuk menggeletar. Makan ubat tapi tak sembuh!”

Penatnya apabila setiap kali demam pasti suhu badan jadi tidak menentu. Malah, sudah bermacam-macam jenis ubat merawat demam sudah dimakan tetapi hasilnya masih sama. Ada yang mengatakan bahawa jika situasi ini berlarutan, inilah masanya untuk anda mencuba pula rawatan menggunakan bahan semula jadi.

Jadi, jom kita cuba petua menurunkan suhu demam tanpa menggunakan ubat yang dikongsikan oleh Puan Leha Yusuf. Hanya dengan menggunakan dua bahan dapur sahaja, insyaAllah boleh sembuh!

Baca juga: Jeragat Muka Boleh Pudar Bila ‘Tonyoh’ Muka Dengan 2 Bahan Dapur Ini, Paling Senang!

ASYIK DEMAM PANAS ON OFF? INI PETUA TURUNKAN SUHU TANPA UBAT

demam panas on off

Petua untuk demam ini memang banyak tau, biasanya memang sebolehnya elakkan makan ubat. Bukan takut makan ubat tapi tak berapa suka saja. Jadinya bila demam memang rajin la buat petua daripada Arwah Mak dan juga daripada bahan bacaan lain juga.

Petua kali ini saya guna dua sahaja bahan sahaja. Mudah dan paling simple dan InsyaAllah berkesan juga. Mari kita cuba buat dengan dua bahan sahaja.

Bahan-bahan:

– Satu senduk kecil barli
– 1/2 batang Kayu manis Ceylon

Cara-caranya:

1. Masukkan barli dan kayu manis Ceylon atau apa apa jenis kayu manis.

2. Rebus sampai barli kembang dan lembut tau.

3. Boleh juga tambah madu dan lemon semasa nak minum untuk rasa yang lebih enak.

demam panas on off

*Boleh terus minum ketika air masih suam atau nak biarkan sejuk pun boleh. Nak tambah ais pun boleh juga, ikut pada tekak masing masing ya.

Baca juga: Kerap Kencing Tapi Kurang Minum Air? Guna Petua Blend Buah Delima & Minum Selama 10 Hari

Sumber: Leha Yusuf 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×