Asuh

Petua Turunkan Kuning Bayi Dengan Cepat Tapi, Si Ibu Yang Kena Minum Air Herba Ini

49
SHARES
turunkan kuning bayi

Antara pengalaman yang akan dialami oleh ibu dan bayi selepas bersalin adalah jaundice atau kuning pada badan bayi. Ada dalam kalangan bayi yang akan hilang kuning ini dalam tempoh yang cepat dan ada juga yang makan masa lama sehingga perlu masuk wad. Sudah pelbagai cara turunkan kuning bayi ini telah dilakukan tetapi masih di takuk yang sama.

Mungkin ada yang sudah mencuba teknik jemurkan bayi di bawah cahaya matahari seperti disarankan tapi tidak menjadi. Jadi, ada satu petua yang dikongsikan oleh Puan Noorazline Ridda di laman Facebooknya, dengan menggunakan minuman herba tapi ini untuk si ibu ya.

Baca juga: Anak Kerap Terberak Dalam Seluar, Ini Cara Nak STOP & Mak Tak Perlu Sental Seluar Dah

CARA TURUNKAN KUNING BAYI SECARA TRADISIONAL

turunkan kuning bayi

Hai nak share petua untuk turunkan kuning bayi….yang ni untuk ibu yang minum bukan bayi ya. Petua ni saya dapat dari jiran masa tu anak kedua alami kuning baby tinggi sampai warded dengan 3 lampu. Lepas keluar wad, kuning masih naik. Macam-macam petua dah buat dah sampai hari ke-14 masih tak nampak gaya kuning bayi nak turun dan dengan tips ini dan izin dari Allah, Alhamdulillah dah tak perlu ambil darah dan kuning baby pulih.

Baru-baru ini adik saya pula bayinya kuning jadi saya suruh buat benda yang sama. Alhamdulillah kuning bayi turun mendadak sampai doktor pon terkejut sebab turun banyak dari bacaan 188 ke 114. Tapi selagi belum bawah 100 masih perlu ke klinik tapi tak perlu pergi hari-hari. Alhamdulillah tak perlu berulang alik ke klinik untuk ambil darah bayi. Ini petua yang kami amalkan…

Bahan-bahan boleh dapatkan dari Kedai Ubat Cina

-Buah Kembang Semangkuk
-Longan Kering
-Kurma Merah
-Kundur
-Gula Batu

Cara untuk buat: 

1.Ambil 2 biji buah kembang semangkuk, 2 biji kurma merah, 4 bji Longan kering, dalam 2-3 ulas kundur (kalau besar boleh pecah-pecahkan) dan 6-7 bji gula batu, rendam dalam 400ml air betul-betul panas.

2.Tunggu suam dan buah kembang semangkuk tu da kembang bolehlah minum. Kacau dulu dengan sudu sebelum minum. Sedap tak ingat air ni, air ni juga boleh banyakkan susu badan.

3.Selain tu pastikan bayi anda kerap menyusu untuk turunkan kuning. Kalau bayi asik tidur sahaja, kejut untuk bagi susu, sekurang-kurangnya sejam sekali mesti menyusu.

*Saya cuma berkongsi pengalaman, keserasian ikut badan masing-masing. Alhamdulillah serasi dengan kami..

turunkan kuning bayi

Baca juga: Betul Ke Potong Rambut Ketika Hamil Jadi PUNCA Janin Cacat Dalam Kandungan?

Sumber: Noorazline Ridda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×