Sihat

8 Jenis Buah Yang Boleh Dikukus Ini Ternyata Memang Bagus Untuk Kesihatan

23
SHARES
BUAH YANG BOLEH DIKUKUS

Terdapat beberapa jenis buah yang boleh dikukus dan sangat bagus untuk kesihatan. Dengan memakan buah-buahan kukus ini, ia boleh mengurangkan demam, meningkatkan sistem imunisasi badan dan mencegah kanser.

Jom baca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui 8 jenis buah yang boleh dikukus. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Petua Hilangkan Demam Kuning Bayi Guna Bahan Semula Jadi, Ibu Ayah Boleh Cuba!

8 JENIS BUAH YANG BOLEH DIKUKUS DAN BAGUS UNTUK KESIHATAN

BUAH YANG BOLEH DIKUKUS

1. Epal

Epal merupakan antara buah yang boleh dikukus untuk dijadikan ubat. Asid tanik di dalam epal boleh membantu pergerakan usus dan mengurangkan air dalam usus.

Serat yang kaya di dalam epal boleh membuatkan rasa kenyang lebih lama dan mempercepatkan metabolisme badan. Ia sesuai dimakan ketika dalam fasa diet. Buah epal kukus boleh melawan radikal bebas dan mencantikkan kulit.

Cara-cara membuat epal kukus:

– Bersihkan kulit buah epal dan potong dadu.

– Letakkan di atas pinggan pengukus dan taburkan sedikit garam serta serbuk kayu manis. Kukus selama 15 minit.

– Sedia untuk dimakan.

2. Laici

Bukan sahaja sedap, buah laici juga bagus untuk kesihatan di mana boleh mengurangkan panas badan, menambah selera makan dan menghidrasikan badan.

Cara membuat laici kukus adalah seperti di bawah:

– Kupas dan potongan laici kepada potongan kecil.

– Masukkan laici ke dalam jus buah naga ke dalam periuk. Didihkan sehingga mengeluarkan buih.

– Kecilkan api dan reneh selama 20 minit, masukkan gula batu.

– Sedia untuk dihidangkan. Boleh makan ketika panas atau sejuk.

3. Kurma merah

Kurma merah atau juga dikenali sebagai kurma cina antara buah popular untuk dimakan ketika demam. Buah ini kaya dengan pelbagai nutrisi dan serat yang boleh menguatkan sistem imunisasi badan.

Buah ini juga digunakan dalam perubatan herba cina dan difahamkan ia boleh mengelakkan kanser, penuaan dan masalah sembelit.

Cara menyediakan kurma merah kukus adalah:

– Potong kurma merah separuh dan keluarkan isinya.

– Kupas, basuh dan potong keledek.

– Kemudian, campurkan telur rebus, keledek dan kurma merah ke dalam semangkuk air, letakkan beberapa sudu madu dan kukus di atas api secara perlahan selama 20 minit.

– Sedia untuk dimakan. Sedap dan sangat menyegarkan!

4. Buah oren

Buah yang boleh dikukus seterusnya adalah buah oren. Nokotin dan minyak di bahagian kulit oren boleh melegakan batuk dan mengurangkan kahak.

Dua bahan ini hanya akan keluar sekiranya anda mengukus buah oren. Ia sesuai diamalkan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Buah oren juga kaya dengan vitamin C yang boleh meningkatkan sistem imunisasi badan.

Cara menyediakan buah oren kukus:

–  Rendam oren dalam air garam selama 20 minit. Potong hirisan bahagian atas oren, taburkan sedikit garam pada kulit yang telah terbuka.

– Selepas itu, gunakan penyepit untuk membuat beberapa lubang untuk membolehkan garam meresap ke dalam isi buah oren. Akhir sekali, masukkan ke dalam periuk dan kukus selama 15 minit.

– Sedia untuk dimakan.

5. Pisang

Umum mengetahui, pisang kaya dengan pelbagai nutrien. Ia boleh digunakan untuk merawat sembelit, menggalakkan pergerakan usus dan pisang juga boleh membekalkan tenaga.

Cara-caranya adalah:

–  Kupas pisang dan potong kecil. Kemudian, masukkan beberapa sudu yogurt ke dalam mangkuk.

– Taburkan sedikit garam dan susun kepingan pisang bersama dengan bijirin lain seperti oat atau buah beri.

– Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan ia sejuk sebelum dihidangkan di dalam mangkuk.

6. Beri hawthorn

Buah beri hawthorn boleh membantu menurunkan tekanan darah dan menguatkan jantung. Sebatian flavonoid vitexin yang ada di dalam buah ini boleh menjadikan ia sebagai salah satu superfood.

Cara penyediaannya:

– Cuci bersih dan masak buah ceri dengan beras.

– Masukkan kacang merah dan sedikit gula batu. Hidang ini seakan-akan bubur manis. Memang sedap!

7. Buah pir

Buah yang bagus untuk dikukus adalah buah pir. Buah ini membantu mengurangkan badan berangin, menyihatkan paru-paru, menguatkan jantung, mengurangkan panas badan dan menghilangkan kahak.

Cara penyediaan:

–  Kupas kulit dan potong buah pir menjadi kiub, masukkan ke dalam mangkuk bersama gula batu dan secawan air.

– Reneh hidangan ini selama kira-kira 15 minit, kemudian ianya sedia untuk dinikmati. Segar sangat!

8. Limau gedang

Limau gedang atau grapefruit kaya dengan mineral dan bahan aktif seperti hesperidin dan naringin, yang boleh mengurangkan kelikatan darah, mengurangkan pembentukan trombus dan juga berkesan mencegah berlakunya strok pada golongan yang berusia pertengahan umur dan juga warga emas.

Cara-caranya:

– Kupas limau gedang dan keluarkan isinya.

–  Kemudian, masukkan gula batu, beberapa sudu madu dan isi limau gedang.

– Seterusnya, kukus buah selama 15-20 minit dan sedia untuk dihidangkan.

8 buah di atas anda boleh cuba mengukusnya untuk mendapatkan khasiat.

Baca juga: Limau Kasturi Rupanya Boleh Jadi Ubat Cair Kahak Semula Jadi, Macam Ini Caranya

Sumber: The Travel Breeze

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×