Sihat

13 Idea Jus Campuran Buah-Buahan, Badan Tak Sakit & Angin Semua Keluar!

227
SHARES

“Sedapnya jus buah ni. Segar badan!”

Tak dapat dinafikan jus buah-buahan memang menjadi kegemaran ramai. Lagi sedap kalau diminum tanpa ditambah sebarang gula. Barulah khasiat dan kebaikan buah tak hilang! Antara gabungan buah-buahan yang boleh dicuba ialah lobak merak, epal dan halia.

Kalau ada halia, memang segala angin dalam badan akan keluar. Kalau kalian tak ada idea jus apa nak buat, boleh tengok perkongsian Nur Aida Md Zainuddin di bawah. Warna-warni! Menarik sangat.

Baca juga: Tak Payah Pening-Pening, Satu Hidangan Sehari Dah Cukup Untuk Dapat Vitamin C

13 IDEA JUS CAMPURAN BUAH-BUAHAN, BADAN TAK SAKIT

1. Campuran beetroot+apple hijau+carrot

2. Timun+apple hijau+halia

3. Timun+apple hijau+belimbing + celery

– Halia tu lepas minum je burrrrpppp keluar angin fuuuuhhh segar rasanya!

4.  Lobak merah + Halia + Epal

Bagi meransang dan membersihkan sistem (detox) dalam badan.

5. Epal + Timun + Daun Saleri

– Mengalkalikan darah.

– Mempecepatkan pemecahan ‘bad cholesterol’.

– Memulihkan sakit perut dan sakit kepala.

6. Tomato + Lobak + Epal

– Mencegah sel merah darah berlonggok -darah beku).

– Membersihkan kulit dan menghapus nafas berbau.

7. Peria + Epal + Lobak

– Baik untuk pengidap diabetis dan menurunkan panas badan.

8. Limau + Halia + Timun

– Melicinkan kulit.

– Melembab dan menurunkan panas badan.

9. Nanas + Epal + Tembikai

– Mengurangkan lebihan garam (Elok untuk pengidap darah tinggi).

– Membantu segar pundi kencing dan buah pinggang.

10. Epal + Timun + Kiwi

– Mencantikkan kulit.

– Memecahkan bad cholestrol.

11. Pear + Pisang

– Mengimbang kandungan gula dalam badan.

12. Lobak + Epal + Pear + Mangga

– Buang panas badan.

– Melawan toksik.

– Menurunkan tekanan darah (elok untuk pengidap darah tinggi).

– Melawan oxidation.

13. Tembikai Susu + Anggur + Tembikai + Susu

– Kaya dengan vitamin C dan B12.

– Meningkatkan pemulihan sel.

– Menguatkan imunisasi badan.

Wah banyak betul khasiat yang kita tak tahu. Nampaknya mulai esok kena lebihkan air buah-buahan segar ni. Yummy!

Sumber: Facebook Nur Aida Md Zainuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×