Sihat

Tak Payah Pening-Pening, Satu Hidangan Sehari Dah Cukup Untuk Dapat Vitamin C

105
SHARES

Pasti ramai sudah sedia maklum tentang pengambilan vitamin C akan mengundang padah pada kesihatan diri jika diambil dengan kadar tinggi melebihi keperluan tubuh badan.

Orang ramai memilih untuk mengambil supplement vitamin C kerana tanggapan yang mengatakan ia mampu memberi impak positif seperti kulit lebih cantik dan putih.

Baca juga: Toksin Dalam Ubi Kayu Boleh Menyebabkan Koma, Ini Cara Buang Dengan Betul

TAK PAYAH PENING-PENING, SATU HIDANGAN SEHARI DAH CUKUP

Menurut penjelasan Dr Kamarul Ariffin, setiap individu hanya memerlukan sekitar 70-90mg vitamin C. Jika diambil secara berlebih, tubuh akan membuangnya semula melalui air kencing.

Jelasnya lagi, tablet vitamin C yang dijual di luar kebanyakannya mengandungi 500-1000mg dalam sebiji tablet vitamin C tersebut.

“Supplemen Vitamin C apa yang bagus, doktor?”

Ini soalan yang setiap hari saya jawab. Bila saya beri cadangan saya, ada pesakit macam tak boleh terima dan mungkin sebahagian kalian juga begitu. Tak apa, mari baca.

Satu hari, tubuh kita perlukan sekitar 70-90mg vitamin C. Itu sahaja yang diperlukan oleh tubuh yang sihat. Jika kita ambil lebih, tubuh kita akan buang semula melalui air kencing.

Kebanyakan tablet vitamin C yang dijual di pasaran, mengandungi 500-1000mg vitamin C dalam sebiji tablet. Jauh lebih tinggi daripada keperluan harian. Sekitar 7-10 kali ganda.

VITAMIN C DARI SUMBER ALAM. MURAH & MUDAH

Beliau juga menegaskan vitamin C dapat diperoleh dengan hanya makan sumber alam seperti pucuk ubi dan juga buah oren. Ini kerana setiap 100g hidangan makanan tersebut sudah mencukupi kandungan vitamin C yang disyorkan.

Tak salah untuk kalian ambil tablet vitamin C, namun sebenarnya kita boleh dapatkan vitamin ini dari sumber alami yang murah dan mudah dimasukkan dalam diet harian.

Tahu tak, hidangan 100g sayur-sayuran ini, mengandungi jumlah vitamin C yang cukup untuk keperluan harian kita?

  • Pucuk ubi = 192mg
  • Cekur manis = 136mg
  • Lada Benggala = 112mg
  • Kailan = 107mg
  • Sawi = 89mg
  • Brokoli = 85mg

Jika mahukan lebih banyak vitamin C, boleh makan buah-buahan. 100g buah-buahan ini mengandungi jumlah vitamin C seperti berikut:

  • Jambu batu = 152mg
  • Longan = 72mg
  • Betik = 71mg
  • Oren = 53mg

Sayur dan buah juga garam mineral dan serat yang diperlukan oleh tubuh. Malah boleh disediakan dalam pelbagai bentuk hidangan yang lazat.

Ia juga tidak mahal dan mudah didapati di pasaran tempatan. Sayur dan buah ini ada dijual di gerai, kedai runcit, pasar, dan pasar raya di sekitar kita.

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×