Dapur

Tips Pilih Buah Epal Manis & Rangup, Confirm Tak Kecewa!

15
SHARES
buah epal

“Kenapa buah epal ni masam! Harga dah lah mahal..”

Situasi di atas pasti selalu terjadi dan anda sudah tentunya kecewa jika membeli buah epal dengan harga mahal tetapi rasa tidak setanding harga.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku berulang kali, anda boleh cuba tips pilih buah epal yang manis dan rangup seperti penulis kongsikan di bawah. Pasti tidak kecewa!

Baca juga: Cara Buat Puding Triffle Dalam Cup, Layer Macam Ini Baru Cantik!

BUAH EPAL MANIS DAN RANGUP, INI CARA PILIH

BUAH EPAL

1. Kulit

Buah epal manis dan rangup boleh didapati dengan cara memilih kulit yang mempunai lajur. Elakkan pilih kulit epal yang hanya berbintik sahaja kerana biasanya memiliki rasa masam.

2. Bau

Buah epal yang manis sudah tentunya memiliki bau manis dan boleh dicium apabila dihidu.

3. Warna kulit

Selain itu, anda juga boleh memilih buah epal menerusi warna kulit. Pilih yang merah sekata kerana itu menunjukkan buah epal sudah masak dan rasanya juga manis.

Sekiranya anda memilih kulit berwarna kekuningan dan hijau, buah pasti sedikit masam.

4. Bunyi 

Selanjutnya, anda juga boleh mendengar bunyi epal melalui ketukan yang dilakukan. Cuba ketuk secara ‘manja’, jika bunyi nyaring, buah tersebut sudah masak dan rangup.

Cara cuci epal sebelum makan

Bagi memastikan epal kekal bersih dan selamat dimakan, anda perlu mencuci epal dengan cara di bawah:

– Rendam epal dengan air garam selama 15 minit.

– Bilas sehingga bersih. Lap kering dan potong.

Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: 10 Jenis Buah Durian Popular Di Malaysia, Yang Mana Satu Paling Sedap?

Sumber: Lemon8 Norbaya Dahlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×