Dapur

4 Resepi Mudah & Berkhasiat Untuk Bayi Daripada Hanis Zalikha

842
SHARES
Foto Kredit : Instagram Yusuf Iskandar

Menjadi seorang ibu pada usia yang muda memang agak sukar terutama hal-hal yang berkaitan dengan makanan. Memulakan pemakanan bayi perlu disediakan dengan teliti untuk mengelakkan berlaku sebarang alahan dan ketidakhadaman.

Seronok bila tengok si comel berselera makan makanan air tangan ibu. Masak sendiri makanan untuk anak anda. Selain lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya, anda juga dapat belajar mengenali selera makan si kecil.

Makanan pelengkap perlu sesuai dan seiring dengan perkembangan diri bayi. Ia perlu mengandungi campuran makanan yang membekalkan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk tumbesaran bayi yang sihat.

Paling penting, mulakan dengan makanan berasaskan bijirin seperti bubur nasi selama beberapa minggu, diikuti dengan bijirin lain, disusuli buah-buahan dan sayur-sayuran, dan akhir sekali daging.

Bagaimanapun, teruskan memberi susu ibu sekerap yang perlu, kerana susu ibu tetap merupakan makanan paling penting untuk si manja.

Namun pasti ibu-ibu diluar sana selalu melakukan eksperimen dengan membuat satu menu baru yang ringkas tetapi berkhasiat untuk bayi mereka.

Selebriti Hanis Zalikha yang juga seorang ibu kepada Yusuf Iskandar yang berusia 7 bulan juga tidak ketinggalan berkongsi resepi makanan anaknya di Instagram dengan menggunakan #Chefmummynis yang boleh diikuti oleh para ibu yang lain.

1) Sayur-sayuran dan Bijirin

Bahan-bahan:

  • Buah Avocado
  • Sayur Baby spinach organik yang telah direbus
  • Oat organik yang telah dimasak

Cara-cara:

  1. Kisar kesemua ramuan dan bahagikan untuk menjadi makanan pagi dan petang.

Khasiat avocado yang perlu anda tahu ialah ia kaya dengan serat ataupun fiber. Serat adalah sejenis tumbuhan yang tidak dicerna di dalam usus. Ia juga boleh membantu menurunkan berat badan, mengurangkan kadar gula dalam darah dan memudahkan proses membuang air besar.

2) Nasi Tomato Versi Bayi

Bahan-bahan: 

  • Nasi yang dimasak tidak terlalu keras
  • Tomato segar

Cara-cara : 

  • Rebus kedua-dua bahan dan kisar kedua-duanya hingga halus.

Tomato kaya dengan khasiat Vitamin A dan Vitamin C. Sebahagian besar kandungan di dalam tomato boleh bertindak untuk kesihatan kulit dan mengelakkan daripada masalah kerosakan sel kulit.

3) Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Bahan-bahan : 

  • Avocado
  • Buah Epal
  • Sayur Organik Brokoli

Cara-Cara : 

  1. Kisar ketiga-tiga bahan sehingga halus dan siap untuk diberi kepada bayi.

Pigmen merah yang terdapat pada kulit buah epal merah mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser dan likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.

4) Nasi Jagung

Bahan-bahan :

  • Beras

Cara-Cara :

  1. Rebus putik jagung tersebut sehingga lembut
  2. Masak nasi
  3. Kemudian, kisar kedua-dua bahan sekali sehingga halus.

Putik Jagung atau lebih dikenali sebagai baby corn mengandungi jumlah serat yang tinggi.  serat tersebut dapat merangsang sistem penghadaman dan pencernaan yang sihat. Sistem pencernaan yang sihat dapat memberi berat badan yang ideal kepada si pemakan.

Hanis Zalikha turut berkongsi kelebihan membawa anak ke pasar raya membeli barang keperluan. Ia adalah kelas terbaik mengajar anak walaupun masih kecil mengenai perkara baru.

screen-shot-2017-01-17-at-3-21-56-pm

Also, did you know that supermarket are great classrooms for children (sumber : ICBT)? Sebab banyak sangat barang, bentuk dan warna. Dan kita dapat bersembang dengan baby macam-macam dan ajar dia mengenal benda. Bila dah fasa kanak-kanak, supermarket boleh jadi tempat belajar matematik, mengira dan menimbang. Jom ajak suami pergi beli barang selalu”

Diharap perkongsian resepi puree bayi daripada Instagram Hanis Zalikha dan anaknya Yusuf Iskandar kali ini dapat memberi inspirasi kepada para ibu dengan memberi menu baru kepada si kecil. Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×