Famili

Ibu Ini Letak Garam & Minyak Bijan Dalam Makanan Bayi, Dikecam Hebat Oleh Warganet!

16
SHARES
bubur bayi

Seawal usi 6 bulan, si cilik anda sudah boleh diberi makanan seperti bubur bayi yang tidak menggunakan sebarang bahan perasa. Namun, lain pula dengan tindakan seorang ibu di aplikasi TikTok dan sudah pastinya menerima kecaman warganet.

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, dapat dilihat video yang dimuat naik oleh Ummu Kitchen itu sedang memasak bubur bayi.

Baca juga: Viral Ibu Bawa Anak Ke Balai Polis, Gara-Gara Selalu Tak Siapkan Kerja Sekolah. “Idea Yang Bagus”

IBU MASAK BUBUR BAYI BAWAH 1 TAHUN, SIAP LETAK GARAM

BUBUR BAYI

Bubur bayi itu pada mulanya kelihatan seperti biasa namun telah mengundang kerisauan kerana pelbagai bahan lain seperti kentang, kaki ayam, lada putih, halia, garam dan minyak bijan dimasukkan dalam bubur tersebut.

Bahan-bahan di atas tidak sesuai dimasukkan untuk makanan pertama bayi kerana buah pinggang tak cukup matang sepenuhnya, deria rasa mereka lebih sensitif berbanding orang dewasa selain akan menyebabkan si cilik menjadi memilih ketika makan.

Perlu diingatkan bahawa pada usia 6 hingga 12 bulan, fokus ibu bukan untuk memberi anak makanan sedap tetapi untuk kenalkan makanan selain susu, kenal tekstur makanan dan mengenalpasti alahan si manja.

Perkongsian Ummu Kitchen di laman TikTok dibanjiri komen warganet yang turut risau mengenai keadaan si bayi selepas makan bubur tersebut.

Walau bagaimanapun, kerisauan itu dijawab dengan komen di mana si ibu menjelaskan bahawa dia tidak tahu mengenai bahan yang sesuai ketika memasak bubur bayi.

“Saya tak ada pengalaman dan saya tak tahu,” jelas si ibu.

*Diharapkan agar si ibu perbanyakan bacaan sebelum memasak makanan bayi.

Baca juga: Cara Mohon Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2024/2025, Pastikan Ikut Syarat Ini

Sumber: TikTok Ummu Kitchen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×