Menerusi aplikasi TikTok milik Syuhada Zahri, dia ada berkongsikan satu momen yang menarik perhatian netizen. Hal ini kerana Syuhada telah membawa anak lelakinya ke balai polis kerana tak siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
Jelasnya, tindakan seperti itu terpaksa dilakukan supaya anaknya takut dan tidak mengulangi perkara yang sama di masa hadapan.
Baca juga: Aafiyah Dipuji Pandai Kerana Hafal Bacaan Hadis & Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
ANAK TAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH, IBU BAWA KE BALAI POLIS
Kisahnya bermula cikgu menghubungi si ibu untuk memberitahu mengenai anak lelakinya yang tak siapkan kerja sekolah. Bila ditanya, dia memberi jawapan bahawa sudah disiapkan di sekolah dan tiada kerja sekolah diberikan oleh guru.
Perbuatan anaknya itu membuatkan dia bertindak membawanya ke balai polis untuk memberi pengajaran. Lebih mengujakan apabila pihak polis turut memberi kerjasama yang baik dalam ‘misi’ tersebut kerana mereka turut menunjukkan kepada Adik Syauqi keadaan di sana.
“Kisahnya semalam apabila cikgu beritahu anak tak siapkan kerja sekolah. Bila tanya dekat rumah jawapan dia mesti dah siap dekat sekolah dan tak ada kerja. Malas nak bising-bising dah, umur pun makin meningkat. Mama serahkan sahaja dekat polis.
“Pihak polis pun bagi kerjasama padu. Ada yang datang bawa gari, tunjuk lokap dan kereta polis. Lagi hura hara Syauqi bila melihatnya,” jelas si ibu.
Syuhada turut berterima kasih kepada pihak polis kerana merealisasikan impiannya untuk memberi pengajaran kepada anak lelakinya itu. Selepas kejadian itu, Syauqi difahamkan tidak bermain telefon dan menyiapkan kerja sekolahnya.
“Terima kasih kerana merealisasikan hajat saya nak bentukkan Syauqi. Alhamdulillah, semalam seharian dia tak pegang telefon dan kerja sekolah dah siap. Semoga kekal hendaknya,” ujarnya.
Perkongsian ibu ini mendapat hampir 4 juta tontonan di aplikasi TikTok dan rata-rata memberi komen positif malah ada yang turut bertanya mengenai proses tersebut kerana ingin melakukan untuk anak mereka.
“Macam mana ya proses dia? Terus masuk balai polis atau bincang tepi dulu?” tanya pengguna TikTok.
*Diharapkan Adik Syauqi kekal bersemangat untuk menyiapkan kerja sekolah.
Baca juga: “Tak Senonoh Langsung..” – Promosi Donat Susu Guna Unsur Lucah, MCMC Lakukan Penelitian
Sumber: TikTok Syuhada Zahri